♥19♥

6K 233 3
                                    

"Sampai bila abang nak rahsiakan semua ni?." tanya Datin Amira Quinevelyn pada suaminya.

"Entahlah mungkin sampai Hana tahu sendiri,Ira." keluhan dilepaskan.

"Abang Hana ada telefon saya tadi.Dia beritahu kalau dia dapat  tahu kita cuba jodohkan dia dan anak Tan Sri Daniel tu dia akan lari sejauhnya." Dato' Harris Azman tersentak sejenak.Lantas menggeleng.

"Hana takkan buat macam tu Ira.Lambat laun dia akan jatuh cinta pada Darrel dan perlahan-lahan mulai terima hakikat ni." dia yakin itu.

"Tapi bang..." Dato' Harris Azman memegang tangan isterinya.

"Abang yakin.Sudah Ira jangan risau." kalau suaminya berkata begitu dia tidak boleh mengatakan apa-apa lagi.Tapi perasaan bersalah kerana menutupi kebohongan tetap dirasa.

"Assalammualaikum." Hana.Panjang umur anak keduanya itu.Baru je bercakap tentang anaknya itu.

"Mama." tangan mamanya disalam.Begitu juga papanya.

"Hana sihat?." bila papa tanya je dia mulai senyap.Tak tahu nak start conversation macam mana.Dah lama tak berbual dengan papa.Nak minta maaf tapi...

"Hana sihat.Hana nak minta maaf dengan papa.Hana..." Dato' Harris Azman memeluk anaknya itu.Hana Quinaisha menitiskan air mata disaat itu.

"Papa maafkan Hana." pelukan dileraikan.

"Papa kalau Hana nak balik sini semula boleh tak?." macam mana ni?.Kalau anaknya itu kembali kerumah ini semula habislah tiada peluang langsung untuk menantu barunya itu untuk memikat anaknya itu.

"Boleh.Tapi papa rasa kan Hana dah selesa dengan apartment Hana tu.Jadi..."

"Okay.Hana faham.Papa nak Hana berdikari kan?.Hana tak kisah.Asalkan papa tak halau Hana.Hana okay je." Dato' Harris Azman ingin mengatakan sesuatu namun ayat itu tidak diucapkan.

"Hana papa bukan tak suka Hana balik.Tapi..."

"It's okay.Hana minta diri dulu." ucapnya tanpa menoleh kebelakang lagi.Air matanya mengalir deras.'Papa memang tak sayang Hana lagi.'

Swift putih dipandu menuju semula ke apartment miliknya.

Forever LoveWhere stories live. Discover now