Darrel dah kahwin?. Tak sangka. Kenapa?. Kenapa aku tak dapat terima semua ni?. Sedangkan Darrel bukanlah sesiapa yang penting pada aku.
Aku golekkan badan atas katil. Tiba-tiba....
Bukk...
'Sakitnya badan aku.' aku bangun semula.
Aku melangkah keberanda. Aku pandang sebelah. Alamak ada Darrel la pulak. Nasib baik aku pakai earphone. Lagu aku pasang.
♬♪♬ Amira Othman-Hati-hati
Aku pandang langit malam.Ada bulan dan bintang yang meneranginya.Aku lepaskan keluhan.
Satu mesej masuk. Dari Naura.
Hana.Kau okay?.
Aku balas.
Okay.Kenapa?.
Satu mesej masuk lagi.
Kau tahu aku baru tahu satu berita gempak.Darrel dah kahwin.He's someone husband Hana...
Aku tahu tu Naura. Huwaa. Nak menangis rasanya.
Oh.Ok.Nite Naura
Aku akhiri mesej itu. Air mata mulai mengalir laju. Tak tahu kenapa.
Dari tadi dia memerhatikan tingkah laku gadis itu. Yang membuatnya tertanya kenapa gadis itu menangis?.Sebab dirinya ke?.
"Argh." tiba-tiba gadis itu menjerit.
"Mama." kali ini gadis itu memanggil mama pula. Darrel hanya menjadi pemerhati.
"Hana awak okay?." sepi. Tiada jawapan. 'Darrel dia tak dengar la. Dia pakai earphone kan tu.'
Gadis itu mencabut earphone yang sedari tadi ditelinga.
"Tak okay." Darrel lepaskan keluhan.
"Sebab saya?." main kuat aku menangis mendengar soalan Darrel.
"Bukan." jerit aku. Kemudian laju-laju aku masuk apartment balik. Darrel ukir senyum selepas itu. Pelik.
'Kalau bukan pun cakaplah elok-elok tak perlu menjerit.'
"Hana,Hana." kepala digeleng.
Sementara itu dibilik Hana•°•°
Tak tahu kenapa.Air mata ni tak nak berhenti mengalir.
Langkah dibawa ke ruang tamu.
Televisyen dibuka.Semua saluran dialih.Semuanya membosankan.Button off ditekan.
Insomnia la jawabnya dia malam ni.Beranda dijenguk.Kosong.Darrel dah masuk.
'Darrel.Mungkin saya dah sukakan awak. Tapi bila dengar je awak suami orang sakit sangat hati ni. Saya tak boleh terima.'
"Darrel." aku hampiri beranda kembali.
"Yes Hana?." heok.Tak tidur lagi Darrel ni?.Tubuh aku pusing.Janganlah dia nampak muka menangis aku ni.
"Hana mesti tak boleh tidur kan?.Saya pun sebenarnya. So. Kita pergi conveniene store kat bawah nak tak?." aku mencebik.
"Tak nak." aku baru je nak masuk dalam Darrel bersuara.
"Hana,saya tunggu awak depan pintu. Please keluar." aku laju-laju masuk.
"No." aku tak nak la.
"Hana." ish.Yela.Aku capai cermin mata atas meja solek. Cermin mata tak ada kanta. Pakaian aku tak tukar. Ok la ni. T-shirt lengan panjang Gucci dengan seluar palazo hitam.
Pintu aku buka.Darrel dah tunggu depan mata. Darrel pandang aku. Dia ketawa.Apahal pulak Darrel ni?.
"Dah berapa gelen air mata awak keluar Hana?." aku kecilkan mata pandang Darrel.
"Cancel la keluar macam ni." aku laju-laju masuk dalam balik.
YOU ARE READING
Forever Love
RandomKita sering bertemu takdir dijalan yang kita cuba elak. Hana Quinaisha,gadis kacukan Taiwan Melayu yang memiliki paras rupa yang cantik dan comel.Baru berusia 21 tahun.Kerja?.Banyak kerjanya.Tidak tetap.Apa yang dia pasti cinta.Takkan mucul lagi dal...