♥48♥

5.4K 211 0
                                    

Aku tekan 4 nombor password Darrel.'Klik.' pintu kedengaran terbuka.Aku nampak Darrel.Dan dia shirtless.

"Hana." Darrel pandang aku.Aku apa lagi laju-laju la pusingkan tubuh.Apa lagi.Nak pergi dari situ la.

"Sorry." cepat-cepat aku keluar dari apartment Darrel.

Darrel pandang dirinya dicermin berhampiran pintu.Patutlah Hana lari.Dia tidak berbaju.Senyuman diukir.T-shirt polo hijau disarungkan ketubuh.

Sebelum itu langkah dibawa kebilik.Iphone 6s rosegold milik gadis itu dicapai.Oh 100 bouquet rose.Pintu apartment gadis itu diketuk.

Aduh.Tu mesti Darrel.Nak buka pintu ke tak ni?.Aku lepaskan keluhan.Aku buka pintu.

"Your phone" Iphone 6s dihulur padaku.Aku sambut huluran itu.

"Sorry pasal tadi.Hana kenapa awak datang balik tadi?." Darrel tak nak tanya macam mana aku dapat masuk apartment dia ke?.

"Saya nak ambil phone.Oh bunga tu.Bak sini." Darrel simpan belakang dia.

"Kita pergi sama-sama.Saya hantar awak." aku kecilkan mata.Darrel ni dah kenapa?.Dahlah tadi tak pakai baju.Sekarang ni nak hantar aku pulak.

"Tak apa.Saya nak bouquet tu bagi saya." aku tengok jam.Hampir nak pukul sepuluh.

"Catch it if you can Hana." Darrel menuju ke lif.Hish tak suka la macam ni.Aku terpaksa masuk sekali.

"Saya tak nak susahkan awak." aku tundukkan wajah.

"Hana awak tak susahkan saya langsung pun.Kebetulan saya nak pergi sana." tapi aku tak nak naik satu kereta dengan Darrel lagi.

"Saya..." Darrel ukir senyum.Nampak sangat gadis itu tidak mahu dihantar olehnya.

"Hana.Tolong jangan tolak saya macam ni." aku menghela nafas.Bila masa aku tolak dia?.Elok je tegak berdiri.

"Darrel Ryan Reivan you're so hilarious." Darrel jongket kening.

"What?." tanya lagi.Lantas tubuh Darrel aku tolak.Don't worry dia tak jatuh.Darrel pandang aku pelik.

"Kenapa awak tolak saya Hana?." mata dikecilkan.

"Sorry tak sengaja.Kan tadi elok awak berdiri awak cakap saya tolak awak.Tu yang saya tolak awak tu."

Nafas dihela.Sengal jugak Hana ni rupanya.Tidak faham maksudnya.

"Heol." ucap Darrel perlahan.

"Hana ikut saya eh." masih tak putus asa jugak.Aku geleng.

"Hana." aku lepaskan keluhan.

"Yalah.Tapi hantar saya sampai depan tempat tu je." Darrel jongket kening.

Memang taklah.Sampai nanti dia bercadang mengikut gadis itu.Tak kisahlah kena marah sekali pun.

Forever LoveWhere stories live. Discover now