1

3K 216 9
                                    

Malam yang sunyi. Jalan yang biasanya meriah dengan orang ramai lengang bagaikan tiada penghuni. Kebanyakannya pulang ke kampung halaman masing-masing. 3 hari lagi menjelang Krismas.

Dari jauh kelihatan seorang perempuan berlari-lari menuju ke stesen bas. Termengah-mengah.

"Uncle, ni bas nak ke Busan kan?"

Uncle pemandu bas itu hanya mengangguk. Semua mata memandang ke arahnya sebaik sahaja dia memasuki perut bas.

Hani:

'Apahal diaorang ni? Aku nampak macam bukan manusia ke.'

Aku duduk dekat seat paling belakang bas. Dah tu je tempat kosong yang ada. Baru je nak ambil nafas, tetiba telefon aku berdering.

"Hello, Hani!!"

"Hello! Kenapa kau call ni?"

"Amboi, aku tak boleh call kau ke? Hahah aku nak tanya bila kau nak sampai ni? Dah pukul 11. Aku dah mengantuk tunggu kau. Kata nak sampai petang. Excited aku pun dah hilang babe."

"Sorry lah, aku tertidur petang tadi. Bangun-bangun je dah gelap. Kelam-kabut aku pergi beli tiket bas. Ni pun aku baru dapat duduk. Tak sempat nak hilang penat, kau dah call membebel macam ni."

Aku melepaskan ketawa. Terharu ada kawan macam ni. Dia risau lah tu sebenarnya. Malam macam ni aku tak sampai-sampai lagi. Sebab tu dia call. Dah 10 tahun kitaorang berkawan. Baik buruk dia semua aku tau.

"Kau memang selalu macam tu. Kalau ada hal penting je terus badan kau collapse. Hm, tak apa lah. Kalau kau dah sampai, tapi aku tak buka pintu maksudnya aku dah tertidur tau. Kau buka je la sendiri pintu tu. Tau kan password?"

"Hehehe okay Chu. Sorry tau, kau pergi lah tidur. Pandai la karang aku nak buka."

Yoon Chulhee. Lagi mesra dipanggil Chu. Sebenarnya aku je yang panggil dia macam tu. Senang, sebab nama dia panjang sangat. Penat nak sebut.

"Jalan elok-elok tau. Lorong rumah aku tu dah lah gelap. Jumpa kau nanti, bye!"

Chu terus matikan talian. Tak sempat aku nak balas. Huh, apa lah dia ni. Dah tau aku takut tempat-tempat gelap ni, lagi suka dia nak menyebut.

'Haih, berapa lama lagi nak sampai ni? Dah lah bosan tak ada orang nak ajak borak. TV pun tak buka. Apa la bas ni.'

Aku mencari earphone dalam beg yang sarat dengan barang keperluan aku. Memang payah nak jumpa sebab aku ni jenis main sumbat je semua barang kalau nak cepat. Jumpa. Terus aku pasangkan dekat telinga. Entah bila aku terlelap pun aku tak sedar.

***
Aku terbangun bila cahaya daripada lampu bas terpasang. Bas tengah berhenti. Ada orang yang nak turun dekat stesen ni. Kalau tidur dalam kenderaan bergerak, aku sensitif sikit. Bunyi plastik pun aku boleh terjaga. Sebab tu aku suka pakai earphone bila nak tidur. Dah sebati dengan jiwa aku.

Sekeliling aku terus jadi sunyi lepas bas tadi berhenti. Semua turun sekali ke? Yelah tu. Soalan apa kau tanya ni.

Aku memerhati keseluruhan bas. Memang bagus duduk seat belakang ni, boleh nampak semua. Cuma tinggal seorang lelaki tua yang tengah tidur. Dia duduk seat depan. Seat lain semua dah kosong.

Baru je bas nak bergerak, tiba-tiba ada orang naik lagi. Seorang lelaki dengan sweatshirt hitam, hood menutupi kepalanya, seluar sampai kasut pun nak hitam. Kiranya, from head to toe hitam lah.

Malas nak ambil tahu pasal dia, aku pun sumbatkan earphone dalam telinga. Baru je nak sambung mimpi yang tergendala tadi, aku rasa macam bahu aku bersentuhan dengan sesuatu.

Terkejut. Sebab lelaki tadi dah ada dekat sebelah aku. Pelik lah dia ni, banyak je seat kosong dekat dalam bas ni. Kenapa mesti duduk sini?

Maybe dia memang suka duduk seat belakang kot? Biar je lah. Janji dia tak kacau aku.

Keadaan jadi gelap. Sebab lampu bas dah tertutup. Aku kira-kira lepas lagi dua stesen ni, aku kena turun. Stesen tu paling dekat dengan rumah Chu. Walaupun kena jalan sikit.

Hanyut dalam fikiran sendiri, tiba-tiba aku dengar bunyi benda terjatuh atas lantai bas. Aku toleh sebelah. Lelaki tadi tengah cari benda yang jatuh. Aku pun dengan baik hatinya buka torch dekat telefon aku. Suluh dekat lantai bas.

"Apa yang jatuh?"

Lelaki tadi diam membisu. Tangannya terus meraba-raba lantai bas. Buat aku rasa geram. Macam cakap dengan lantai ni je.

Tapi geram tu cuma sekejap. Bila aku nampak tompokan darah dekat lantai bas tu, terus perasaan geram berubah jadi gerun. Mencari-cari mana datangnya darah tu. Jumpa. Aku terus terpaku. Tak percaya apa yang aku baru nampak.

Michin-SinbiWhere stories live. Discover now