3

1.6K 193 0
                                    

Tiba di hadapan rumah Chu, yang macam rumah kedua aku ni. Lebih tepat lagi kalau aku cakap, apartment. Dia duduk dekat tingkat 14. Semuanya ada 15 tingkat kat sini.

Aku kenal jiran-jiran setingkat Chu. Tu pun kebetulan. Masa tu Chu baru pindah sini. Aku tolong dia kemaskan barang-barang dia. Malam tu dia ajak semua jiran-jiran dia makan malam kat rumah dia. Semuanya peramah, sebab tu aku senang masuk dengan diaorang. Kalau aku datang sini, mesti susah nak balik. Rasa berat hati je.

Suasana kat sini lain dengan kawasan perumahan aku. Dekat situ semua orang buat hal masing-masing. Nak bertegur pun memang jarang sangat. Kalau nampak pun cuma senyum-senyum lepas tu lambai-lambai. Jiran belakang rumah aku tu pula aku tak kenal langsung. Sombong.

Aku pula tinggal sorang. Memang rasa sunyi. Balik dari kerja, mandi lepas tu makan. Terus masuk tidur. Esok pagi-pagi dah kena bangun. Pergi kerja lagi. Rutin harian aku macam tu la. Penat dan membosankan.

Kalau dekat sini, aku boleh lupakan semua hal kerja aku. Dapat tenangkan fikiran dengan udara segar dari tingkat kedua tertinggi ni.

Chu pernah sarankan aku pindah duduk dekat sini, sebab masa tu bilik depan dia ni kosong. Memang aku nak, tapi faktor tempat kerja. Jauh dari sini. Tak kan nak ulang-alik dari Busan ke Seoul tiap-tiap hari? Aku ni kereta pun tak ada. Nak ambil lesen, tapi asyik fail je.

Panjang pula aku membebel. Sebenarnya tengah pening. Kenapa pula password dia tak sama macam sebelum ni? Dah tiga kali aku cuba.

"Wrong password."

"Argh! Ni mesti dia dah tukar. Kenapa lah aku tak tanya dia tadi.."

Aku mendail nombor Chu. Harap-harap dia tak tidur lagi. Sebab kalau dia dah tidur, confirm. Gempa bumi pun belum tentu nak sedar.

Suara operator yang menjawab panggilan aku. Stressnya.. Dah lah tangan aku sakit lagi ni. Aku melihat luka di tangan aku.

"Kejap... Kenapa macam ada bentuk je?"

Bila aku teliti, nampak macam bentuk daun maple. Berkerut-kerut aku cuba memikirkan. Apa benda ni?

Mungkin cuma kebetulan je ni bentuk dia jadi macam ni. Dah dia main toreh je tangan aku yang precious ni. Haih.

"Macam mana ni? Tak kan aku nak tidur dekat luar ni pula.."

Aku memerhatikan sekeliling. Nak tumpang rumah Aunty Lew ke? Aku menilik jam pada telefon bimbit aku. Dah pukul 1 pagi. Nanti menggangu pula. Macam mana ni?

Terpaksa lah aku tunggu depan pintu ni. Aku pun ambil keputusan untuk duduk dan tunggu Chu bangun dari tidur, dan sedar yang kawan dia ni tengah kesejukan dekat luar ni. Mana tak sejuk, aircond kiri kanan sepanjang laluan ni.

Sebaik sahaja aku duduk, benda pertama yang aku cari. Earphone. Belum sempat aku pasangkan lagu, tiba-tiba pandangan aku gelap. Kenapa ni? Blackout ke? Perasaan aku masa ni? Terkejut. Takut. Genggaman pada telefon aku terlepas.

"Aish, masa macam ni lah kau nak jatuh!"

Aku meraba-raba karpet yang menjadi alas tempat dudukku. Aku sangat perlukan telefon aku sekarang ni. Nak suluh jalan, sebab memang gelap segelap gelapnya. Rasa macam nak menangis. Gelap ialah musuh utama aku..

Tengah aku dalam kekalutan, aku merasakan ada tangan yang menyentuh lembut bahuku. Aku tersentak. Siapa pula ni? Dah lah gelap, nak main sentuh-sentuh bahu pula.

Berbakul-bakul sumpahan aku pada Chu. Kalau dia tak tukar password bilik dia, confirm aku tengah tidur dengan tenang dan nyenyak dekat dalam bilik tu. Ni tak, Chu punya la sedap tidur kat atas katil, aku pula ketakutan dalam gelap ni.

"Ehem."

Deheman itu membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke belakang, walaupun tak nampak apa-apa. Aku beranikan diri bersuara.

"Siapa...?"

Berani lah sangat. Suara nak tak nak je keluar. Haih. Apalah malang sangat nasib aku hari ni?

Michin-SinbiWhere stories live. Discover now