13

1.3K 162 9
                                    

"Kami polis!! Buka pintu!!!"

Ketukan bertalu-talu dari luar pintu rumah V. Aku gagahkan diri aku untuk bangun. Tapi tak. Aku tak ada tenaga. Mungkin kesan daripada serbuk yang V bagi aku minum tadi.

Dalam pandangan aku yang kabur, V kelihatan kelam-kabut. Aku hanya tersenyum. Hah, padan muka kau. Kalau aku tak dapat diselamatkan pun, aku nak kau tertangkap!

Nasib baik... Nasib baik aku sempat jumpa Aunty Rin tadi..

FLASHBACK

Aku menekan loceng setiap jiran Chu pada tingkat ni.

"Haih, mesti lah semua dah tidur. Dah lewat sangat ni."

Aku melangkah dengan lemah, buntu. Tiba-tiba, aku terdengar suara seseorang.

"Chu? Kamu ke tu?"

Tersenyum.

"Aunty!!! Nasib baik aunty tak tidur lagi..."

"Eh, Hani.. Aunty ingat Chu. Biasanya dia yang datang malam-malam macam ni. Kalau tak dapat tidur."

Aku memandang aunty Rin dengan pandangan sayu. Kalau lah dia tau, Chu dah tak ada. Mesti dia sedih sangat. Aku menyembunyikan wajah sedih aku.

"Boleh tak, Hani nak pinjam telefon aunty sekejap? Telefon Hani tertinggal dalam kereta. Chu pula pergi beli makanan. Nak masuk bilik dia, Hani tak tahu password."

Panjang lebar aku reka alasan. Sorry aunty, Hani tak berniat nak menipu..

"Kamu nak call Chu lah ni? Boleh, sekejap eh aunty ambil telefon."

Baru beberapa langkah dia memasuki rumahnya, dia berpatah balik.

"Masuk lah, sejuk kat luar tu. Sementara tunggu Chu."

Aku berfikir sejenak. Kalau aku masuk, macam mana aku nak call polis? Nanti aunty terdengar.

"Tak apa lah aunty, nanti Hani tunggu depan pintu bilik Chu je."

Aku menolak ajakannya, lembut. Tak nak kecilkan hati dia. Aunty Rin mengganguk, dan menghulurkan telefon bimbitnya.

Sementara aku mendail, aunty Rin masih menunggu di depan pintunya. Matanya layu. Mengantuk agaknya.

"Aunty, masuk lah dulu. Sejuk dekat luar ni. Nanti dah sudah, Hani letak telefon ni dekat atas rak tu."

Aku menunjuk ke arah rak yang penuh dengan barang. Bersebelahan dengan pintu rumahnya.

"Okey, aunty biar pintu ni terbuka eh. Goodnight, Hani."

Mengganguk. Senyum.

"Goodnight, aunty."

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, aku mendail nombor kecemasan. Melaporkan kejadian yang baru berlaku. Kemudian, aku letakkan kembali telefon milik aunty Rin pada tempatnya, dan berdiri berhadapan pintu rumah Chu. Air mata aku mengalir laju, sehingga lah aku ternampak, V.

***
Seminggu kemudian....

Selepas kejadian pada malam krismas tu, Hani pulang ke rumahnya di Seoul. Pihak polis menghantarnya ke hospital berdekatan, secepat mungkin selepas melihat keadaanya. Dia terselamat. Hani tidak membenarkan pihak polis memberitahu keluarga ayahnya, tentang kejadian yang berlaku. Dia tak nak mereka risaukannya.

Sementara V pula diberkas oleh pihak polis. Rupa-rupanya V telah menjadi orang buruan pihak polis atas kesalahan membunuh ramai orang.

Hani mengalami gangguan emosi akibat daripada kejadian itu. Dia asyik terbayang-bayang kelibat Chu. Setiap kali teringat akan kejadian itu, dia akan meraung, menangis, dan memarahi dirinya. Sehingga satu tahap, mencederakan dirinya...

Suatu malam

Hani berjalan pada lorong yang gelap itu. Dia memakai pakaian serba hitam.

Tiba di stesen bas, dia menaiki bas itu. Berjalan terus ke seat paling belakang, dan duduk.

Dia mengeluarkan cutter daripada poket kirinya, tersenyum dan mula menghiris... pergelangan tangannya. Satu. Dua. Tiga.. Darah menitis-nitis ke atas lantai bas...

-Tamat-

***
(A/N)

Ff ni dah habis! Hehe. Hope korang enjoy baca ff ni. Thank you kepada yang bersama-sama dgn author sepanjang ff ni ditulis. And thankyou kepada yg sudi baca dan vote. Thank you so much^^
Btw, nanti author update pasal pembunuhan Chu and kisah silam V. Anneyong!
Kalau suka cerita ni, trylah baca 'Same But Different'♡

Michin-SinbiWhere stories live. Discover now