2

1.6K 189 1
                                    

Mata aku terkelip-kelip. Otak cuba mentafsir apa yang aku nampak ni betul ke tak. Ke cuma khayalan aku je?

Dalam aku sibuk berfikir, aku nampak lelaki tadi menggengam sesuatu. Dia terus bersandar pada seat bas. Dah jumpa ke?

Kemusykilan aku sekarang ni berada pada tahap yang tinggi. Aku beranikan diri untuk tegur dia.

"Awak, darah banyak sangat tu. Saya ada ubat kalau awak nak.."

Dia tetap membisu. Tanpa menghiraukan aku, dia menghiris. Pergelangan tangannya. Darah menitis-nitis ke atas lantai. Satu. Dua.Tiga.

Aku tak dapat tengok lagi. Terus aku memegang tangannya yang memegang cutter. Cuba berhentikan perbuatannya.

Lain yang aku expect, lain yang dia buat. Ingatkan dia nak berhenti, sebaliknya dia... menggantikan tangan dia dengan tangan aku. Aku menjerit. Tapi aku rasa macam tak menjerit. Suara aku macam tersekat.

Terlalu panic, aku cuba tarik tangan aku daripada genggamannya. Lagi kuat aku memberontak, lagi banyak darah yang mengalir keluar dari pergelangan tangan aku. Air mata mula bergenang pada kelopak mata aku.

"Stop!! Apa yang kau buat ni?!!!"

Perit. Ya aku rasakan perit dan pedih bila mata tajam cutter itu menghiris kulitku. Semakin lama semakin dalam hirisannya. Seluruh badanku menggigil.

"Jangan menangis, baru aku lepaskan tangan kau."

Aku mengganguk. Berkali-kali dan cuba memberhentikan tangisan aku. Tersedu-sedu aku cuba menahan air mata daripada keluar. Perlahan-lahan, aku rasa genggaman tangannya pada aku makin longgar.

Sebaik saja dia lepaskan tangan aku, aku terus ambil semua beg-beg di sebelah aku. Kelam-kabut aku berjalan, tanpa menoleh ke belakang. Aku duduk di seat hadapan. Bersebelahan dengan pakcik tadi dan dekat dengan pemandu bas.

Air mata aku masih mengalir. Terkesan dengan apa yang baru terjadi tadi. Aku renung pergelangan tangan aku yang dah dipenuhi dengan garisan-garisan daripada mata tajam cutter tu. Darah mengotori baju putih yang aku pakai.

"Miss, you okay?"

Aku menoleh ke arah suara tadi. Uncle pemandu bas. Aku melihat wajahnya melalui cermin hadapan bas itu. Menyembunyikan kesan darah pada bajuku dan mengganguk. Tidak mahu membesar-besarkan cerita ini. Biarlah aku je yang tahu.

Papan digital di kanan bas itu tertera 'Pohang Stesen, Busan'

Dah sampai! Tanpa melengahkan masa, aku berlari turun daripada bas tu. Tak sanggup nak duduk lama-lama lagi. Sempat aku menjeling seat belakang bas tu.

Gasp! Dia pun sedang memerhatikan aku. Mata kami bertembung. Aku dapat lihat matanya yang bundar dan wajahnya yang pucat. Terpaku. Cara pandangannya pada aku agak menggerunkan.

"Miss, turun sini ke tak?"

"Oh, ya, ya. Sorry."

Aku keluar dari perut bas tu, menyusuri laluan ke rumah Chu yang gelap gelita tanpa sebarang biasan cahaya. Semakin lama, langkah aku semakin laju.

Michin-SinbiWhere stories live. Discover now