8

1.2K 202 0
                                    

Terngangga aku melihat hidangan yang terhidang di atas meja. Kenapa banyak sangat? Nak makan berdua je.

"Kenapa banyak sangat kau masak, Chu?"

"Hari ni birthday Aunty Rin lah. So aku ingat nak sambut. Dia kan tinggal sorang. Entah-entah birthday dia pun tak ingat."

Dia menayangkan giginya yang putih tersusun. Sambil tangannya sibuk menyusun kedudukan pinggan dan cawan.

"Buat lah apa-apa pun. Asalkan kau bahagia."

"Aku memang dah bahagia, tapi lagi bahagia kalau kau tolong panggilkan Aunty Rin. Ajak semua orang dekat tingkat ni sekali tau. Aku kena tunggu sup ni masak."

"Okay."

Aku masuk ke bilik untuk tukar pakaian.

***

Dari satu bilik, ke satu bilik aku bunyikan loceng. Beritahu diaorang untuk datang ke bilik Chu.

Nasib baik semuanya ada dekat bilik. Termasuk Aunty Rin. Kalau dia tak ada, macam mana nak sambut birthday dia?

Sampai depan pintu bilik Chu, baru aku teringat. Bilik depan ni aku tak tanya lagi. Sambil tersenyum, aku pun membunyikan loceng. Ni lah masanya aku nak ucapkan terima kasih. Hari tu dalam nota je.

Satu. Dua. Tiga. Empat. Empat kali aku tekan loceng. Langsung tiada tanda-tanda ada orang nak buka pintu tu. Aku mengeluh. Dia keluar agaknya?

Baru sahaja aku memegang tombol pintu bilik Chu, aku terdengar bunyi pintu bergesel dengan karpet. Terus aku berpaling ke belakang. Mr.Brown Hair dah keluar!

"Kenapa?"

Dia marah ke aku bunyikan loceng dia? Wajahnya tetap sama macam aku nampak hari tu. Serius. Segaris senyuman pun tak ada.

Aku pun beritahu lah dia tujuan aku menggangu dia. Dia angguk. Cakap dia pergi tukar baju sekejap, dan terus hilang di balik pintu biliknya.

***

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Aunty Rin. Happy birthday to you!"

Semua orang kelihatan gembira. Kecuali.. dia lah. Dia menyanyi, tepuk tangan. Tapi ekspresi wajah dia tetap serius.

"Terima kasih, Chu. Susah-susah je. Aunty dah tua pun. Tak sambut pun tak apa."

"Ala, apa lah yang susah setakat masak, belikan kek untuk aunty. Aunty dah banyak tolong Chu."

Aku pandang diaorang. Dah macam mak dengan anak je. Mungkin sebab diaorang bergantung pada satu sama lain. Chu dah kehilangan emaknya sejak kecil. Ayah dia pula lari tinggalkan dia.

Sebab perkara tu lah dia tinggal dengan aku. Bila dah meningkat dewasa, dia kata nak berdikari. Tak nak susahkan mak ayah aku lagi.

Lepas habis belajar, aku pun berpindah duduk di bandar. Emak aku meninggal. Serangan jantung. Ayah aku pula tinggal dengan adiknya. Aku memang nak bawa ayah tinggal dengan aku, tapi dia tak nak. Katanya, kehidupan di kampung lebih menenangkan.

Chu ni kata je nak berdikari, tapi dekat sini pun ada orang jaga dia.

"Jom ambil gambar dulu!"

Tersentak dari lamunanku, sebaik terdengar suara riuh-rendah. Aku melihat Chu sedang bergambar bersama mereka.

"Hani! Cepat lah. Awak yang dekat hujung tu. Jom!"

Aku memandang ke arah yang Chu sebut tadi. Lelaki tadi. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Aku pula, terus bangun dan join diaorang.

***
(A/N)

Dah 8 part ff ni. Author nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca ff ni Kalau korang suka ff ni, bolehlah vote. Hehehehe. Author akan berusaha buat ending yang best untuk korang. Please anticipate~~~

Michin-SinbiWhere stories live. Discover now