Di sebuah sekolah seorang perempuan yang berumur 17 tahun tinggal di asrama. Nama dia NINI. Ni first time dia jejakkan kaki dan tinggal di asrama.
Asrama tu sangat sunyi dengan suasana yang agak muram. Hanya dipenuhi dengan para pelajar jer. Pelajar kat situ pun satu, pendiam semacam. (Sekolah ni agak serius katakan. Dak dak pandai yang serius memanjang)
Gadis baru itu pun mencari katil yamg kosong untuk didiami. Malang sekali katil kosong yang tinggal itu berbau hanyir dan banyak tompok darah yang melekat pada cadar tilam itu.
Hati si Nini pun berkata, "Eh sapa punya kerja lah ni!" Lalu gadis itu pun bertanya pada salah seorang pelajar perempuan yang sama dorm dengan dia.
"Err, awak! Sapa punya katil ni dulu erk?" Tanya Nini sambil menuding jari pada katilnya. Pelajar perempuan yang ditanya tu pun menjawab dengan keras, " Jangan lah tanya. Ni perkara rahsia yang takda sapa boleh tahu."
Nini pun kembali ke katilnya. Kira-kira jam 11 malam si Nini pun selesai study. "Arhh! Penatnya!" Keluh si Nini sambil menuju ke katilnya tanpa menghiraukan tompokan darah yang melekat pada cadar tilamnya.
Malam itu, enak jer si Nini tidur lalu bermimpi bertemu seorang gadis yang sebaya dengannya. Gadis itu berwajah cantik tapi mukanya pucat lesi. Gadis di dalam mimpi itu menuding jari pada bawah bantal yang si Nini gunakan. Dan terus hilang.
Si Nini terus terbangun dari tidurnya then angkat bantal yang digunakan. Ada sepucuk surat yang sangat lusuh dan dengan perlahan-lahan si Nini pun buka surat tuh.
'Sesiapa yg mendapat katil ni, berhati-hatilah!'
Si Nini sangat terkejut. Malam kedua, dia bermimpi lagi dengan gadis pucat itu. Gadis pucat itu menangis dan meminta si Nini agar darah yang melekat pada cadar itu ditanggalkan dengan segera.
Keesokan harinya si Nini pun mencuci cadar itu seperti yang diminta namun darah itu sangat degil! Berkali-kali si Nini bermimpi benda yang sama. Dan si Nini sentiasa berusaha untuk menanggalkan darah itu namun gagal.
Suatu malam, si Nini secara senyap-senyap masuk ke bilik mandi asrama dan mencuci cadar itu dengan sekuat tenaga. Tiba-tiba, pintu bilik mandi terbuka sendiri lalu muncul gadis pucat yang selalu dimimpinya. Gadis iti merenung tajam si Nini. Si Nini sangat takut. Then, gadis pucat itu mengeluarkan sesuatu dari belakangnya dan menghulurkan sebuah botol berwarna merah darah dan berkata, "Gunalah DYNAMO! Dapat menanggalkan 100% kotoran pada kain anda dan mengekalkan wangian selama 16 hari"
![](https://img.wattpad.com/cover/59764209-288-k560540.jpg)
YOU ARE READING
Lawak LAA SANGATTT [✔]
Short StoryBaca kalau bosan -,- Himpunan cerita-cerita lawak tak tahu lah lawak ke tak . Yang pastinya , pasti akan ada yang berkata " lawak la sangat " setelah habis membaca LLS ni . 30% - Diambil dari pelbagai sumber kecuali aplikasi Wattpad . 10% - Disumban...