73 | Tukang Tilik

7.2K 411 25
                                    

Suatu masa dulu , ada seorang Tukang Tilik yang sangat terkenal kerana boleh meneka pekerjaan seseorang pada masa akan datang .

Maka ada lah 3 sekawan ni datang jumpa si Tukang Tilik . Sebab nak tahu diorang akan bekerja sebagai apa suatu hari nanti . Diorang ni datang dari kalangan anak bangsawan yang sangat terkenal dan disegani rakyat jelata .

Bermulalah sesi tilik-menilik .

Tukang Tilik : Kamu suka berjalan kan ? Pak cik tahu kamu akan kerja apa nanti .

A : Saya kerja apa nanti , pak cik ?

Tukang Tilik : Kamu akan bekerja sebagai tukang sapu .

A : Apa pak cik merepek ni ?

Tukang Tilik : Padan lah dengan kamu . Tukang sapu kan mesti berjalan dan kamu sangat suka berjalan .

A : *pukul kepala tukang tilik dengan penyapu*

Tukang Tilik : *pengsan*

Selang beberapa minit kemudian , tukang tilik pun tersedar . Salah satu dari kawan si A pulak punya giliran nak tanya soalan .

B : Saya kerja apa pulak nanti , pak cik ?

Tukang Tilik : Kamu sukakan kebersihan kan ? Jangan risau , pekerjaan kamu tidak lah seteruk si A .

B : Hah kerja apa tu , pak cik ?

Tukang Tilik : Kamu akan bekerja sebagai Cleaner . Lebih tepat , tukang cuci tandas .

B : *ambik berus penyental mangkuk tandas then sental kepala Tukang Tilik yang botak*

Tukang Tilik : *pengsan lagi*

Beberapa minit kemudian , si Tukang Tilik pun tersedar lagi . Kawan yang terakhir pulak nak tahu dia akan bekerja sebagai apa nanti .

C : Saya yang terakhir !

Tukang Tilik : Kamu sangat gemuk . Pak cik tahu kamu akan jadi apa nanti .

C : Apa kerja itu , pak cik ?

Tukang Tilik : Kamu akan jadi ahli Sumo .

C : *lempang kepala Tukang Tilik*

Tukang Tilik : *mati*

———————————————————

Hi pembaca LLS ! I've published a new work 📖

Peminat kisah seram di alu-alukan 😂

Tak tahu lah seram ke tak bagi korang , sebab tajuk buku tu hampir sama dengan tajuk LLS 😂

Kalau rasa jari tu rajin , stalk profile aku 👣

Sekian oh yeahhh 💃

Lawak LAA SANGATTT  [✔]Where stories live. Discover now