Ada sorang pemuda bernama Husin. Dia pi ke kedai gunting rambut sebab nak gunting rambutnya yang dah panjang.
Tengah tunggu gilirannya untuk gunting rambut, muncul sorang kanak-kanak. Dia tengok si tukang gunting hulur dua keping duit kertas. Satu RM10 dan satu lagi RM100. Husin tengok kanak-kanak itu mengambil duit RM10 and then blah. Husin pun hairan akan kejadian itu lalu dia pi tanya kat si tukang gunting.
Husin : Pak cik, kenapa pak cik hulurkan RM10 dan RM100 pada budak tadi?
Tukang gunting : Pak cik saja nak test budak tu dengan bagi duit RM10 dan RM100. Yang peliknya budak tu amik RM10. Haih bahalol betul la budak tu. Kenapa la dia tak amik RM100. Kalau pak cik la, pak cik akan amik RM100.
SI Husin pun mengangguk faham. Selesai ja rambutnya digunting apa semua, dia keluar dari kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang kanak-kanak tadi. Dia pun terus menemui kanak-kanak itu.
Husin : Hai adik!
Budak : Hai!
Husin : Kenapa adik amik duit RM10 kat pak cik tadi? Kenapa tak amik RM100?
Budak : Kalau saya amik RM100, pak cik tu tak akan bagi saya duit lagi. Sebab itu saya amik RM10. Maka, pak cik itu akan selalu beri duit kepada saya kalau saya masuk ke kedai tu.
Husin : *ha ha ha! Tak sangka pak cik tukang gunting tu kena tipu*
YOU ARE READING
Lawak LAA SANGATTT [✔]
Historia CortaBaca kalau bosan -,- Himpunan cerita-cerita lawak tak tahu lah lawak ke tak . Yang pastinya , pasti akan ada yang berkata " lawak la sangat " setelah habis membaca LLS ni . 30% - Diambil dari pelbagai sumber kecuali aplikasi Wattpad . 10% - Disumban...