"Jangan kejar aku.Aku takut.Aku janji takkan kacau kau lagi"benda itu semakin mendekatiku.Dekat dan dekat.Dan dia terus menerkamku.Aku meronta ronta.Tiba tiba ku rasa badanku ringan semula.Ku bukan mata perlahan lahan.Kini aku berada di atas katil bilikku.Ku lihat hari sudah lewat petang.Aku membuka tingkap.Tiada sesiapa.Di mana semua orang?Alamak!Aku perlu pergi prep sekarang.Aku mencapai tudung dan terus menyarung kasut ke arah bilik prep.Ku takut takut masuk ke dalam.Fuhhh...nasib masih ada kerusi kosong.Aku melangkah masuk ke dalam lalu duduk di sebelah Ilmiah.Tak nampak Syasya pun!!
Aku menggumam di dalam hati.Tiba tiba Syasya masuk ke dalam bilik prep dengan wajah pucat lesi.Aku yang melihat gerak gerinya rasa semacam.Aku perasan mereka semua dok wat kerja masing masing.Tapi takkan lah sampai tak boleh nak tolong Syasya yang pucat macam mayat ni.Upsss...
Aku bangun dan mendapatkan Syasya"kau ok sya?Aku bawak kau gi bilik rawatan eh??Syasya hanya mengangguk sahaja.Mungkin dia demam.Tapi pagi tadi bukan main aktif lagi.Aku yang tak mahu berfikiran negatif menyarung kasut dan aku lihat Syasya sudah tiada.Lesap...Ahh sudah,mana Syasya ni?
Aku terus membuka kasut dan secara tiba tiba bahuku dicuit.Aku menoleh sekilas.Sofea dan....Syasya.Tak mungkin.Baru sekejap aku nampak Syasya hilang.Kini dia berada di hadapanku dengan wajah yang berseri.Tadi pucat.Erhh..