Dorm

78 11 1
                                    

"Aishhh...dah pukul berapa ni??"kataku sambil melihat jam."Emm...dah pukul 7 rupanya...Kenapa Bik Ummi tak kejut aku".Aku yang baru tersedar dari tidur mula menapak ke arah pintu."Ehh,kejap kejap!Mana selipar strawberi aku,mana meja dengan almari kesayangan aku.Kenapa aku kat sini.Aku kat mana ni?"aku yang seperti orang gila bermonolog lalu mengalirkan air mata.Aku baru teringat yang sekarang aku berada di asrama.Emmm,awak okey??tiba tiba bahuku di cuit. Aku berpaling.Menjerit aku dibuatnya apabila di belakangku sesosok tubuh berkelubung putih berdiri sambil memandangku.

"Arggghh"aku pengsan.....

***********************

Kepala ku berpusing pusing.Di mana aku sekarang ini?Aku ternampak sesusuk tubuh memakai baju kurung moden di sebelahku.Dia yang melihat aku sudah sedar memanggil guru guru yang lain.Ku lihat seorang wanita 30an sedang berjalan ke arahku.Dia menunjukkan muka tenang saat memandangku.Aku disuruh baring dahulu.."Alhamdulillah awak dah sedar.Saya risau awak tak sedar sedar dari pukul 7 tadi."wanita itu berkata seolah olah aku pengsan lama.Aku memberanikan diri aku untuk bertanya siapa wanita itu."Saya Cikgu Asma. Saya warden asrama ni.Saya yang bawa kamu ke sini. "

"Di mana saya sekarang cikgu??"

"Kamu sekarang di bilik saya lah"

"Berapa lama saya pengsan??Sekarang pukul berapa cikgu,saya nak balik dorm saya"

"Kamu pengsan 2 jam,saya rasa kamu tak perlu pulang ke bilik dahulu kerana sekarang sudah malam,lagipun dorm kamu jauh."

"Cikgu tak kisah ke!"

"Tak..Emm lagipun esok cutikan..Jadi bolehla kamu prepare baju sekolah esok,emm..saya nak tanya sesuatu pada kamu,"

"Tanya apa cikgu Asma??"

"Kenapa kamu pengsan ye??"

"Saya nampak hantu! "

Seiring aku berkata begitu,cikgu Asma ketawa terbahak bahak.Aku yang ketika itu mempamerkan wajah blur,hanya melihat cikgu Asma dengan tanda tanya di atas kepala!Cikgu Asma yang perasankan aku yang tertanya tanya senyap lalu dengan tertib menyusun kata kata.

"Sebenarnya yang menegur kamu ketika itu adalah Ilmiah,rakan sebilik kamu,Min.Dia baru pulang dari solat Maghrib.Pada mulanya dia telah diprank kakak senior menggunakan tepung.Jadi wajahnya nampak putih macam hantu.Pada masa yang sama,kamu yang baru bangun, menangis di muka pintu.Dia yang ingat kamu itu hantu sempat menegur kamu tapi kamu menjerit seperti nampak hantu.Ketika itu muka dia diselaputi tepung.Haha..camtulah."

"Apa??"

"Ye Min.Kamu ni budak baru,masih tak tahu kisah asrama ni...Takpelah..tidur la...Asalamualaikum Min,cikgu tidur dulu!!"

"Waalaikumsalam"

#vote&comment







HisteriaWhere stories live. Discover now