Nama aku Naz.Kisah yang aku nak cerita ini tak tahulah sampai mana kebenarannya.Tapi,tidak mustahil kengkadang cerita ini akan menjadi kenyataan.Siapa tahu....
1 januari 1990
Aku sedang menangis dalam kereta yang dipandu Uncle Salleh,driver ayahku.Di awal perjalanan kami,tak banyak yang berlaku.Kerana aku dimarahi oleh ayah kerana berkeras tidak mahu masuk ke asrama."Ayah,Min tak mahu masuk asrama.Kenapa ayah paksa Min masuk juga?"aku dengan sedu sedan merayu pada ayah yang sedang berdiri di muka pintu bilikku."Min,ayah dah cakap yang ayah nak kamu berdikari.Faham,kamu tak nampak kakak kakak kamu tu semua berjaya,ayah tak masukkan dia dalam sekolah biasa,ayah masukkan dia dalam asrama.Kamu ni jangan berdegil.Ayah tak suka."ayah berkata selamba denganku.Aku mula teresak esak menangis."Tapi ayah.""Tiada tapi tapi,kamu tu sudah 13 tahun. Jangan harap ayah nak berlembut dengan kamu.Dah,siap siap pergi masuk kereta." ayah seperti menghalau ku keluar...Aku membawa barang barang dan bajuku ke bawah.Uncle Salleh terus menyambut beg begku dan memasukkan ke dalam kereta.Aku menyalam ayah.Ayah menggosok kepalaku tapi masih berwajah serius.Aku tahu ayah mahu yang terbaik untukku.Jadi,aku harus berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga.Kau boleh Min.
Sesampai sahaja di perkarangan asrama tersebut,Uncle Salleh membuka pintu kereta. Aku keluar lalu meninjau sekitar hadapan asrama.Besar juga sekolah ini.Reka bentuk sekolah yang bersebelahan dengan padang golf amat indah.Asrama pula berada di hadapan jalan besar.Terpampang tulisan Asrama Jati yang agak lusuh tetapi masih boleh dibaca.Tiba tiba Uncle Salleh memanggilku untuk pendaftaran.Aku berlari lari anak ke arah Uncle Salleh.Di hadapannya pula ada sebuah meja dan seorang budak lelaki sedang tersenyum kearah ku.Ya,mungkin dia ditugaskan di bahagian pendaftaran barangkali.Aku terpaku memandang budak lelaki itu,kacak juga dalam lingkungan umur 14-16 tahun.
Bersambung