1

53 1 0
                                    

5pm 23/11/2014, Besut.
Lenguh memandang ke lautan. Ada getaran yang menggamit jiwa ketika ini. Esok pula kerja. Mengapa merasakan hari Ahad ini terlalu panjang untuk dihabiskan. Melihat ibunya di dapur menyiapkan kuih kegemaran anaknya. Dilarang membantu. Takut takut tidak menjadi kuih ibunya itu. Maklumlah si Aira ini tidak selalu ke dapur seperti adik nya. Ira. Surat cinta dari kuala lumpur itu tidak lagi dihiraukan oleh nya. Antara cinta dan perasaan mana boleh dipermainkan. Aira cuba menenangkan perasaan dengan memandang pokok kaktus kecil di meja tulis biliknya. Kosong fikirannya. Surat Imran itu sudah 3 hari tersadai cuma belum dibalas Aira. Bunga ros yang datang bersama sudah nampak layu dan kering. Mahu tak mahu Aira terpaksa melaluinya.. Ibu dan ayah dah sepakat menyerahkan keputusan seratus peratus kepada anak sulungnya itu. Tak mahu menyekat kebebasan anak di zaman moden.
Pak Idris pulang setelah penat menongkah arus di pinggir laut china selatan. Walaupun letih tetapi dengan kudrat yang ada dia berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga nya. Kepulangan ayahanda di sambut oleh Fairuz yang sedang mengulangkaji pelajaran. Anak bongsu dari tiga beradik itu sahaja yang masih belum habis diploma jurusan Teknologi Maklumat selama 3 tahun itu. Dia sedang menghabiskan cuti semester di kampung bersama ahli keluarga yang lain. Aira menghidangkan air teh kegemaran bapanya di ruang tamu. Ira pula menyusul kemudian membawa kuih yang siap dimasak. Karipap dan bahulu terhidang dendan enaknya. Selang beberapa minit kemudian talifon Aira berbunyi. Tatkala itu, Aira sepertinya tidak mengendahnya. "Kenapa tak jawab talifon tu? Ira bertanya sambil membuat muka bosan dengan deringan lagu popular dari filem titanic itu. Tidak lain tidak bukan lagu nyanyian "celine dion - my heart will go on". Aira mengangkat kening berkali kali dengan memberi isyarat untuk tidak bertanya lagi. "Buang jelah talifon tu. Tak nak angkat buat apa? Huh".. Ira nampaknya menyampah dengan perangai kakaknya yang mengada ngada baginya. Yalah... sudah banyak kali talifon itu berbunyi hari ini. Tak kira lagi berapa kali semalam? Ira mengeluh dalam hati.. nasib baik kakak kesayangan. Kalau tak talifonnya dibaling ke luar tingkap. Bagi sahaja ayam itik guna. Lagi afdal. Haha. Ira membayangkan talifon itu diguna ayam dan itik peliharaan ibunya itu. Aira mengambil talifonnya di atas meja dan menjuih bibir. Dia melihat 5 panggilan yang tak dijawab muncul di hadapan skrin utama talifon berjenama dari negara barat itu. Dengan menyentuh jari pada skrin, Aira meneliti satu persatu nombor yang tertera. Satu nombor yang sudah lama tidak muncul menjelma. Berkerut muka dibuatnya. Hujan tidak ribut pun tidak. Izzat Farouk ! Mamat yang duduk dekat depan pejabat pos tu? Mesti ini kes tersalah 'call' ni. Seingatnya si Izzat ini hanya menghantar mesej dan bukannya menalifonnya. Itupun untuk urusan rasmi sahaja. Lainlah kalau ada hati nak mengoratnya. Maklumlah Aira ni ramai peminatlah katakan. Hihi. Dia tersenyum sendirian.


Cincin HatiWhere stories live. Discover now