5

16 0 0
                                    

1/12/2014@1200pm
Kota bharu
"Izzat, kak Nora kirim salam. Dia tanya gambar photoshoot ari tu dah siap ke?" Sapa kak Zara yang sibuk mengira helaian kertas yang hendak di'binding'. Tempahan dari guru tusyen sejak dari semalam itu membuatkan kakaknya sedikit sibuk. Zara bersyukur kerana Abang Az telah sembuh selepas seminggu menemani suaminya di HUSM. Kalau tak terpaksalah Izzat bekerja seorang diri. Abang Az mungkin akan kembali bekerja pada lusanya. Itupun sebab Az sendiri yang nak datang kedai. Ikut hati Zara, mahu sahaja dia suruh Abang Az berehat di rumah lagi seminggu. Maklumlah lelaki ni kuat ego, takkan nak tunjuk lemah depan isteri kesayangan. Hilang machonya nanti.
"Belum lagi ni ha, ade lagi 10 lagi gambar kena edit ni. Takpelah nanti Izzat whatsapp kak Nora". Tangan adik si Zara laju menaip papan kunci skrin sen tuh itu. "All done kak!", sahut Izzat. Esoknya semua janji manis Izzat harus menjadi kenyataan untuk pelanggan setianya itu. Bukan hendak mencuri tulang tetapi letih urat sendi tangannya yang harus bersungguh - sungguh mengubahsuai tona warna dan pencahayaan yang sesuai bagi mencantikan gambar model tudung moden itu. Sekali pandang mahu dia terpikat. Tapi bila difikirkan kuasa 'make-up' hari ini. Semua boleh jadi. Sampai dirinya takut nak berkhayal dengan kecantikan sementara itu. Sekali sekala pandang terlintas nak ajak berkahwin dengan dirinya yang bujang itu. Tapi yang selalunya dah berpunya. Izzat menjenguk keluar kedai mengintai 'office' si Aira. Mana tahu Aira ada untuk menemaninya mengisi perut petang ini. Selalunya Aira akan mengajaknya makan di KBMall. Nasi ayam penyek menjadi kegemarannya kalau tak makan maggi sajalah di kedai. Kelibat si Aira belum kelihatan. Mungkin hari ini Aira sedikit sibuk. Agaknya lah.
Aira mencari telefonnya. " eh! Tadi aku letak di sofa ni. Sekarang takde. Mana pergi?". Membelek setiap kusyen dan buku majalah yang ada di atas meja dan sofa. Marian menjeling pelik kearah teman serumahnya itu. " bukan ke kamu sekejap tadi pergi cas bateri phone ke?" Soal Marian. " eh Yalah.... Jumpa pon!" Suka hatinya melihat handphone made in korea itu berada di tepi soket pengecas. "Itulah cari dengan mata dan kepala. Bukan dengan lutut cik adik." Bebel Marian. " Aira duduk di sebelah Marian sambil mencubit peha rakannya itu. Aksi menggeletek muncul dan Aira akhirnya mengalah. Esok Aira akan mula bekerja. Jadi hari ini dia ingin rehat sepuas - puasnya di rumah sewa. Maklumlah sibuk sangat dengan hal di kampung sebelum itu.

Cincin HatiWhere stories live. Discover now