4

15 0 0
                                    

3pm 29/11/2014 Kota Bharu
Orang ramai lalu lalang di perkarang pasar Siti Khadijah. Menjadi kebiasaan kalau jalan raya agak sesak terutamanya hari minggu. Bayang - bayang Aira kelihatan bersama beberapa plastik pakaian yang dibeli secara borong di situ.
Seorang lelaki turut menemani wanita yang berasal dari Terengganu itu. Dia memegang beberapa plastik yang berisi makanan seperti sambal daging, keropok dan kerepek. Lenguh berjalan membuatkan Aira meletakkan kesemua beg plastik ke dalam kereta empat pacuan roda itu.
"Awak sepatutnya duduk sahaja di hotel tu. Tak payah susah - susah temankan saya ke bandar. Janganlah ikut sahaja kemahuan mak saya tu.", lelaki itu menegur. Kesian melihat wanita itu termengah membawa barang sehingga keletihan. "Kalau tak kerana mak awak terseliuh tadi, saya pun tak nak ikut. Tapi sebab kasihan pulak tengok mak awak teringin nak membeli macam - macam. Kalau awak tak bawa saya tadi. Boleh ke saya harapkan awak? Masuk bandar pun boleh tersesat."komplain si Aira.
"Yerla Aira. Awak jer betul", malu betul bila lelaki masuk bandar tetapi boleh tersesat. Itulah padahnya kalau sombong nak bertanya. "Imran, jom lah kita makan dulu. Saya dah lapar.", ajakan Aira membuatkan Imran geli hati kerana tadi bukan main betul "bekeng". Tak padan dengan saiz kecil. Imran amat bersyukur kerana dia berjaya memetik bunga di taman berduri. Walaupun tiada majlis diadakan, Ibunya lansung membenarkan untuk bertunang ketika mereka sekeluarga merisik si Aira. Itu pun setelah mendapat persetujuan dari pihak Aira. Kalau diingat balik tentang 2 hari yang lepas. Kedatangan mereka disambut dengan serba sederhana tetapi penuh dengan adat dan budaya. Dia tahu Aira masih belum menerimanya sepenuhnya. Tetapi dia berazam untuk memikat hati wanita jelita itu. "Jom makan di Nasi Ulam Cikgu. Kat situ banyak pilihan. Budu pun ada. Sedapnya", ajakan Aira itu membuatkan perut pemuda itu berbunyi seperti terompet rosak. Usai meletakkan kereta di lot parking, terus si Aira berjalan keluar sepantas kucing liar yang kelaparan melihat makanan yang terhidang di kedai tersebut. Tidak sampai hajat Imran mahu membuka pintu untuk tunangnya itu. "Baru je nak romantik, kena potong terus" bentak hatinya.
Melihat kesesakan orang ramai di kedai tersebut, Imram mencari kelibat Aira. Perasaan sedikit geram hingfa mahu aje mencubit pipi perempuan berlesung pipit itu. Belakang imran ditepuk, rupanya tunangya itu mengambil nasi untuk mereka berdua. "Lauknya mana?" Imran melihat hanya nasi di dalam pinggan. "Awak, kat sini self service. Dah ambil nanti dia kiralah bilnya", sambil menunjukkan menu yang terhidang. "Awak ambil yang awak, saya ambil yang saya ok!.." belum sempat Imran mahu menjawab si Aira terus menghilang di lautan orang ramai. Imran mengejar di belakang. Lagipun keroncong lagu melayu sudah lama bermain di bahagian abdomen ini. Tak boleh nak menunggu lama dah ni.

Cincin HatiWhere stories live. Discover now