9

4 0 0
                                    

15/12/2016, 9pg Kuala Lumpur.

Imran mengira-ngira tarikh di kalendar berhampiran katilnya. Lagi berapa hari dia akan menjadi seorang suami kepada seorang gadis pujaan hatinya. Tersenyum memikirkan diri nya di hari perkahwinan nanti.Aduh, kena lalu tok kadi dulu. Im menelan air liurnya sendiri. Harap harap  tak terlalu serius sangat hari itu. selalu dengar ada pengantin tersasul hingga kan 10 kali akad baru sah akadnya. Imran menggelengkan kepalanya. Naik seram sebut mengenai tok kadi.Tangannya sibuk membelek surat khabar bagi mengalih perhatiannya yang runsing itu. Berita menunjukkan angin monsun timur laut yang luar biasa itu menarik perhatiannya. Sah banjir. Imran menhantar sms kepada tunangnya si Aira. Takut pula di Besut turut kena tempias banjir. Runsing pada keluarga di sana. Sebenarnya mahu bertanya tentang diri Aira tetapi tak tertanya pula. Mungkin malu hati si teruna ni. Konon esok lusa nak hijab kabul, perangai masih macam budak - budak. Hari ini asyik dengan telefonnya. Ibunya pula sibuk bersama Kak Rosmah menyiapkan makan pagi. "Ada anak lelaki pun nak berkepit dengan tunang. Buat apa cuti", keluh ibunya. Cemburu pula hati ibu. Biasalah, anak manja."Tak apa, nanti nak minta anak menantu kerap datang di rumahnya. tak mahu rindu rinduan. Boleh jumpa cucu selalu", Pn Zara mula berangan jauh.

******************

Kota Bharu, 11pg - Kelam kabut si Izzat mencapai motosikal untuk ke surau, lupa berjanji dengan tok imam untuk membaiki 'speaker' yang rosak. Dapat ceramah free pula kalau lambat. Al - maklumlah. musim cuti sekolah ni banyak program untuk kanak - kanak sekitar kawasan akan terlibat untuk kelas kemahiran Al Quran dan juga Bahasa Arab. Masa inilah nak cungkil bakat mereka untuk jadi imam, qari dan qariah muda suatu hari nanti. Si Izzat ni dulu sempat juga jadi tukang azan di kampungnya pada zaman sekolah rendah. Merdu ibarat Maher Zain gitu. Fuhh, bangga di hati sebab pernah menyumbangkan azan. Walhal hanya seminggu sahaja bertahan. lepas tu ke hulu ke hilir ke padang bola. Dapatla juga rotan menyinggah di punggung dan tangan, insaf sekejap. Jadi tak hairan kenapa tok imam boleh kenal dengan si Izzat ini. Boleh menumpang jasa budak ini. Alhamdulillah!

******************

Besut

Jam menunjukkan pukul 3 petang, Klinik Dr. Teh masih penuh dengan pesakit yang pelbagai ragam. Dari yang tua hinggalah yang paling muda. Parking sentiasa penuh. Nasib baik ada bas harian dan teksi lalu lalang yang menjadi kemudahan untuk penduduk setempat bergerak ke pekan kecil ini.Selesai sahaja urusan di klinik, Fairuz , kembali dengan plastik berisi ubatan untuk Pak Idris. Kemudian dia cuba memapah bapanya namun ditepis kerana walaupun Pak Idris tidak sihat, dia mampu berjalan sendiri cuma tidak segagah hari biasa sahaja. Maklumlah..... lelaki!. Hari ini dan semalam tidak turun ke laut kerana demam, batuk dan selsema. Keringat seorang pak nelayan akhirnya patuh untuk tidak meneroka laut yang garang. Sejak kakaknya sibuk bekerja di Kota Bharu, Fairuz banyak mengambil alih peranan si sulung. Demi orang tua yang disayangi, tak semestinya duit itu sahaja yang membahagiakan. Anak lelaki hari ini tampak lebih matang dari hari biasa. Ibunya tersenyum bersyukur dengan adanya mereka bertiga. Masing - masing berjasa. Aira berjanji untuk pulang ke Besut hari ini. Sejak mendengar bapanya tidak turun ke laut sejak 2 hari cukup menggerakkan diri untuk menjenguk orang yang tersayang. Nasib baik jarak berulang alik dari Kota Bharu ke Besut tidak terasa seperti berada di Kuala Lumpur.Setibanya di rumah, Pak Idris dengan lajunya melintasi anak bongsunya naik ke rumah. Terangkat kening Ira terkejut dan terasa lucu. Takkan kena cucuk sekali dengan doktor dah sihat? Eh, laju jer naik ke rumah.Pak Idris segera meluru ke tandas. Sah! bapanya sakit perut. Fairuz menghulurkan ubat kepada Ira.Ngah ni ubat ya, lepas makan tolong bagi boleh. Aboh payah nak makan ubat. Ngah suruh mesti Aboh dengar.Sejam kemudian, Aira pula tiba. Menjenguk dari luar mengintai suasana rumah. Ira menjenguk dari pintu melaimbai tangan. "Naikla kak long oi! Buat ape tunggu di luar. Takkan nak bentang karpet merah. Kahwin lambat lagi. Jangan perasan sangat. Haha.", adiknya berseleloroh.

"Yerla budak! Kita kan diva, haruslah karpet merah. Dah bukalah pintu tu luas - luas, VIP nak lalu. Hihihi."balas Aira.
Kalau tak bergurau tak sah. lupa sekejap niat nak jenguk Pak Idris."Mana abang Im. kenapa tak datang sekali", Ira menjenguk tingkap.
"Nak buat apa?", perlukah? fikir Aira.
"Tengok Abohlah", perlulah! fikir si Ira.
"Eh tak payah!, Dia duk kerja kat sana nuh. Kirim salam pun cukup", jelas Aira. Tak mahu melihat muka tunangnya selalu.
"Kirim salam jer? Ingat kirim hati tadi. Hihihi!" Gelak si Ira.
Aira akhirnya mengalah dan membiarkan adiknya mengejek."Ibu, Im kirim salam kat semua". Aira mendapatkan ibunya.
"Waalaikumsalam.", sambil memeluk rapat anak kesayangannya itu.

Pak Idris kemudian keluar dari tandas dengan persalinan baru. Mandi sekali lagi. Biasalah orang demam memang begitu. Aira membantu ibunya menyiapkan minum petang dan kuih muih. Selang beberapa minit kemudian mereka sekeluarga menjamu selera bersama. Bising pula suasana bila adik beradik bertiga itu berkumpul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cincin HatiWhere stories live. Discover now