6

15 0 0
                                    

8/12/2014 8 pagi , Kota Bharu
Aira melilit syawl yang baru dibelinya semalam di bazaar tok guru berdekatan dengan dataran mpkb itu. Begitu teliti membentuk lentok tudung hinggalah meletakkan jarum peniti di celah lapisan tudung. Kelihatan bersiap lebih awal dari biasa walaupun pada hari cuti. Kelihatan Imran menunggu dengan panas di dalam kenderaan di depan pintu pagar rumah sewanya itu. Kalau ikut perjanjiannya Aira perlu menemaninya ke butik perkahwinan. Maklumlah kalau lambat membuat persiapan takut tarikh yang telah ditetapkan pada tahun depan terpaksa ditunda pula. Demi bakal isterinya Imran tidak kisah tentang harga pakej yang telah dipromosikan oleh penjual, namun Aira ini lebih suka meneliti kualiti berbanding harga. Selalu sahaja Aira dengar dari mulut - mulut dan tangan dari teman laman sosial yang mengadu ditipu oleh pihak butik pengantin. Tak perlu mewah - mewah, sederhana lebih bagus.
Lebih 5 jam berada di 2 buah kedai butik. Hanya satu sahaja yang berkenan di hati.
Umi Imran sudah berpesan "yang penting ada 'mahkota' dan 'senjata'nya. Baru nampak macam raja sehari. Aira membelek gambar yang telah diambil olehnya tadi. Berkenan pula dengan warna pink dan turquoise itu. Tersenyum sendirian sambil dibawa angan - angan.
Melihat jam sudah masuk pukul 2 petang, Aira dan Imran setuju untuk ke kedai makan berhampiran stadium di bandar cek siti wan kembang itu. Dari jauh Izzat melambai tangannya ke atas supaya Aira dapat mendapatinya. Aira dan Imran laju ke depan meja makan yang diduduki lelaki muda itu.
Matanya memandang ke arah pasangan yang tampak manis itu. Izzat berbual tenang sambil membelek handphone. Trend orang kini. Sekejap berbual, kemudian masuk ke dunia digital. Bergelak ketawa dengan icon senyum dengan dunia sendiri. Bukan mereka sahaja, pelanggan di meja sebelah sunyi sepi walaupun mereka lebih ramai ahli.
"Tahniah Imran dan Aira!"
Patutlah kelibat Aira jarang timbul di depan mata Izzat, rupa- rupanya sibuk nak berumah tangga. Melepas sudah.
"Saya nak kahwin dengan mek kelate. Come come."
Izzat mula bercerita tentang kehebatan gadis negeri Kelantan. Aira berkerut sambil memuncungkan bibir. Tahulah si Aira mengapa Izzat tak melayani dia sebagai teman istimewa sebelum ini. Sengaja Izzat berceloteh begitu supaya tak terasa kehilangan teman rapatnya itu. Nanti orang kata gatal pula. Kesibukan kota semakin menerpa kerana hari semakin gelap. Tambahan pula perlawanan bola di stadium itu membuatkan ramai orang berbaju jersey merah berkumpul terlebih awal dari waktu perlawanan. Nampak poster dan banner tergantung di setiap deretan jalan raya berdekatan. Mereka bertiga bersurai kemudiannya.

Cincin HatiWhere stories live. Discover now