4 TAHUN KEMUDIAN
*KRINGGGGGGGGG KRINGGGGGGGG KRINGGGGGGGGG*
Jam loceng Marissa Aqilah yang memekik itu tidak dihiraukan malah mengambil jam locengnya lalu memasukkan ke dalam laci meja tidurnya .
"MARISSA AQILAH BINTI ZULKARNAIN BANGUN NANTI LEWAT PERGI KERJA !!" Suara Puan Faiha bagai halir lintar di muka pintu bilik anak daranya . Marissa Aqilah terduduk tegak diatas katil secara automatik seperti askar
"Ya mama , anak mama dah bangun" Aduhh mama ni kalau tak jerit sehari tak sah lama-lama boleh sakit jantung aku dibuatnya . Dengan berat hati aku gagahkan juga membuka mata .
"Ya Allah kamu ni Rissa apalah nak jadi dah besar panjang pun masih mahu mama kejutkan baru nak bangun . Kan mama dah pesan lepas subuh jangan tidur balik" Ya Allah , kalau lah rumah aku ni duduk rumah papan mahu satu kampung dengar mama duk bebel dekat aku pagi , petang , siang dan malam habis satu kampong cop aku dengan macam-macam gelaran . nasib baik duduk rumah batu inilah kelebihan duduk rumah batu ibarat duduk dalam gua .
"Ye mama , Rissa ingat . Rissa cuma terlelap lepas baca novel lepas solat tadi" Puan Faiha hanya mampu mengeleng kepalanya sahaja melihat anak bongsunya .
"Mama , sekarang pukul berapa ?"
"Pukul 9 pagi"
"Hah ?! Mama kenapa tak cakap awal-awal Rissa dah lambat ni!" Berlari lintang pukang aku mencapai tuala dan masuk bilik air untuk membersihkan diri .
"Dah cepat mandi lepas tu turun sarapan dengan Hanis" Pesan Puan Faiha lalu turun ke tingkat bawah mahu ke dapur .
"Hanis sarapan dulu sayang , sementara tunggu Rissa siap " Pelawa Puan Faiha dengan lembut .
"Takpelah mama , Hanis dah sarapan tadi dekat rumah " Hanis menolak lembut pelawaan Puan Faiha
"Hm mama , uncle mana tak nampak pun uncle daripada tadi" soal Hanis
"Uncle pagi-pagi lagi sudah pergi pejabat , katanya ada mesyuarat penting . Uncle tu entah bila mahu duduk diam dekat rumah pun tidak tahulah . dah tahu tua-tua ni banyak penyakit lagi nak pergi pejabat kononnya lagi bertambah sakit kalau badan tu tak buat kerja" Omel Puan Faiha , faham sangat dengan tahap kedegilan suaminya itu
"Mama sabarlah nanti bila uncle dah betul-betul penat uncle pencen kerja , main dengan cucu-cucu pula" Hanis mengambil hati Puan Faiha kerana dirinya telah menganggap Puan Faiha seperti ibunya sendiri . Malah hanya pada Puan Faiha tempat dia menumpang kasih setelah ummi dan babah pergi menghadap ilahi .
"Hanis tak terasa nak kahwin ke atau tak jumpa calon lagi ? Nak mama tolong carikan calon tak ? Kalau tak nak yang jauh-jauh mama ni pun ada dua anak teruna " Hanis terasa mukanya membahang kerana Puan Faiha seolah-olah tahu akan hubungan rahsianya dengan Kasyah
"Errr... mama , Hanis sebenarnya ada berkawan dengan seseorang tapi Hanis tak tahu sejauh mana hubungan Hanis dengan dia"
"Siapa orangnya , mama kenal ke orangnya ? Mama nak juga tahu yelah Nia pun dah macam anak mama sendiri mestilah mama ambil berat pasal Hanis"
"Orang biasa-biasa je mama , nanti kalau hanis dah bersedia Hanis bawa jumpa mama sebab mama pun Nia dah anggap macam mama Hanis" Hanis berkata sambil tersenyum sambil mengengam tangan Puan Faiha
"Ehemm , jelesnya kita dengan orang tu " Kata Marissa Aqilah sejurus turun ke tingkat bawah
"Tak payah nak jeles sangat lah Rissa ooi .. Mama dah puas manjakan kamu , sekarang ni biarlah mama manjakan anak mama yang ni pula" Hanis tersengih melihat Marissa Aqilah .
"Apa-apa jelah mama" Marissa Aqilah mencapai sekeping roti bakar dan menghampiri Puan Faiha
"Ma , Rissa pergi dulu . love you" Marissa Aqilah menunduk mencium tangan Puan Faiha
"Hanis , pergi dulu mama" hanis turut menunduk mencium tangan Puan Faiha dan berlari anak mengejar Marissa Aqilah menuju ke kereta .
YOU ARE READING
ENCIK DOKTOR SENGAL !
Random"Kita putus , fullstop !" - Naufal Shahir Marissa Aqilah pulang ke tanah airnya selepas ditinggalkan kekasihnya Naufal Shahir disebabkan orang ketiga . Marissa Aqilah menyambung pelajarannya di Malaysia dan meneruskan kehidupannya seperti seolah tia...