Bab 14
"Marissa aqilah zulkarnain" marissa yang sedang leka mengemas barang-barangnya di kaunter terkejut mendengar suara yang memanggil namanya
"Miss me ?"
"Macam mana kau tahu aku dekat sini ?"
"Macam mana i tahu you kat mana tak penting . Suka dengan bunga yang i bagi ?"
"Ohh selama ni kau yang hantar bunga-bunga tu semua . Untuk pengetahuan kau bunga yang kau hantar tu semua aku campak dekat dalam tong sampah . Sikit pun aku tak hingin nak simpan" jawab Marissa dengan nada sinis
"I tak kisah kalau you nak buang bunga tu semua tapi satu je yang i nak"
"Apa lagi yang kau nak daripada aku ?"
"I nak you"
"Kenapalah kau muncul depan aku sekarang ni ? Kau lupa yang kau dah buang aku dan buat aku macam sampah ?"
"Baby janganlah marah i macam ni . Past is past I'm sorry okay ?"
"Kau tak dialu-alukan dekat sini so kau boleh berambus daripada sini !" Marah marissmi
"Hei perempuan kau dengar sini , jangan ingat aku tak tahu yang kau ada jantan lain"
"Kalau ada pun tak ada kaitan dengan kau"
"Jangan cabar aku marissa ! Aku boleh buat sampai satu jantan pun tak boleh terima kau"
"Aku yang kau cakap ni ?"
"Sinilah baby , takut ke ?"
"Abang !" Jerit marissa dan berlari ke belakang azeril
'Tokk...tokk...tok'
Lamunan marissa terhenti apabila dengar mamanya mengetuk pintu bilik
"Anak mama ni kenapa mata bengkak ?" Tanya puan faiha dengan lembut dan duduk di birai katil marissa . Puan faiha nampak je garang tapi bila anak-anaknya dilanda masalah dialah yang paling memahami perasaan anak-anaknya
"Mama.." kata marissa lalu merangkul tubuh puan
"Cerita pada mama apa yang jadi" tanya puan faiha lagi
"Rissa kecewa dengan naufal ma"
"Rissa jumpa naufal ? Bila ?" Desak puan Faiha
"Tak maa dia yang datang jumpa rissa dekat kafe tadi masa tengah nak tutup kafe . Mula-mula dia cakap elok-elok pujuk rissa kata nak rissa balik pada dia"
"Rissa marahlah sebab senang-senang je nak rissa balik pada dia sedangkan dia dah buang Rissa macam sampah selama ni . Naufal tengking dekat rissa kata rissa ni ada lelaki lain" adu marissa tanpa berselindung lagi
"Lelaki lain tu siapa pula ?" Tanya puan faiha kerana setahunya Marissa tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki lagi setakat ni
"Dia syak abang azeril"
"Sebab ?" Tanya puan faiha lagi
"Sebab abang azeril yang datang selamatkan rissa bila naufal nak serang rissa"
"Tak guna betul si budak naufal tu . Kalau mama jumpa dia nanti tahu lah mama nak ajar dia macam mana . Sedangkan mama dengan papa pun tak pernah tengking pada rissa apatah lagi naik tangan dekat mana-mana anak mama . Tunggulah budak tu nanti mama kerjakan !" Amarahnya membuak-buak memikirkan Naufal lelaki yang pernah dia sanjung dan mengangap sebagai anaknya sendiri buat sebegini pada anaknya
YOU ARE READING
ENCIK DOKTOR SENGAL !
De Todo"Kita putus , fullstop !" - Naufal Shahir Marissa Aqilah pulang ke tanah airnya selepas ditinggalkan kekasihnya Naufal Shahir disebabkan orang ketiga . Marissa Aqilah menyambung pelajarannya di Malaysia dan meneruskan kehidupannya seperti seolah tia...