*Ting Ting
Telefon bimbit iPhone 6 plusnya
menandakan mesej di aplikasi Whatapps masuk . Azeril mencapai telefon bimbitnya kemudian membuka aplikasi Whatapps*** Salam bro , harini kita lunch sama nak ?
*** Boleh juga lagipun dah lama tak jumpa . Mana tidaknya orang tu asyik ulang alik pergi Langkawi jer
*** Hahaha , demi mencari rezeki yang halal bro . Tambah pula nak tanggung anak orang kenelah cari rezeki lebih sikit
*** Wahh aku macam dah terbayang bau nasi minyak je ni 😙
*** acah-acah ah kau . Dalam fon mana boleh share bau-bauan 😂 . Oklah kita jumpa tempat biasa kejap lagi .
*** Alright bro
Azeril kembali meletakkan telefon bimbitnya ke tempat asal semula . Dia mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya . Ade lagi 2 jam sebelum jam menandakan jam 12.30 tengah hari .
Hari ini pesakit ramai yang datang ke kliniknya untuk menerima rawatan . Selalunya tidak lah seramai hari ini . Kemungkinan hari ini hari sakit sedunia tak ?
Aqasyah menyedut minumannya buat sekian kalinya sehingga habis separuh air daripada gelas masuk ke kerongkong tekaknya . Mana mamat ni lambat sangat . Perut aku dah keroncong baik punya dah ni
Kelihatan kereta Toyota Prius Hybrid milik seseorang yang amat dikenali memasuki perkarangan petak parking Restoran Mamak Ali Maju . Mamat ni nak tunggu aku kutuk dia dalam hati dulu rupanya baru nak muncul . Tak pasal-pasal bertambah dosa kering aku sebab dia
"Sorry bro aku lambat . Pesakit ramai sangat yang datang nak tengok dokter hensem ala-ala kpop ni . Tambah pula jalan jammed gila !" Bebel Azeril sambil menanggalkan cermin mata hitamnya . Di hadapannya kelihatan wajah Aqasyah yang sedang marah dengannya
"Sorry naik lori lah braderr ! Aku punya air daripada penuh sampai nak naik kering aku tunggu kau" marah Aqasyah
"Sorry lah wehh , takpe harini aku belanja kau makan eh ?" Pujuk Azeril
"Ok permintaan maaf anda diterima . Sudahlah aku dah kebulur sangat dah ni" Aqasyah melambai tangan memanggil pekerja mamak yang bermundar mandir di depan kaunter bayaran
"Aney kasi mee goreng mamak telur mata satu dengan teh o ais limau" kata Aqasyah
"Saya pula bagi maggie goreng basah telur mata dengan air coke" giliran Azeril pula membuat pesanan
"Ok siap !" Kata mamak tersebut selepas mencatat pesanan mereka berdua kemudian berlalu pergi
"Baru order sudah kata siap wehh . Patutnya cakap lah ok on the way . Baru betul" selorohAqasyah
"Apa citer kau sekarang ? Projek dekat Langkawi tu macam mana ok ?"
"Aku macam biasalah buzy memanjang sejak handle projek dekat Langkawi tu . Dalam sebulan 3 kali juga aku kena pergi site pantau perkembangan projek dekat sana . Lagi setahun dua siap lah projek tu"
"Lama juga kau kena ulang alik pergi sana . Kenapa kau tak duduk je dekat sana sampai projek tu siap ?"
"Nampaknya macam tu lah ..." Aqasyah memberhentikan percakapannya dan memberi laluan kepada mamak yang mengambil pesanan makanannya tadi . Kemudian menyambung percakapannya semula
"Sebab tu aku rancang nak kahwin dalam masa terdekat ni"
"Wahh , seriously ? Akhirnya kawan aku nak tamatkan tittle zaman bujang dia . Terima kasih ya Allah" balas Azeril sambil meletakkan sudu dan garfunya kemuduan menadah kedua belah tangannya ke langit
"Hahaha kau ni tak payah nak over sangat boleh tak ?"
"Siapa orangnya ? Aku kenal ke ?"
"Haaa , yang tu kau kena join sekaki dengan family aku pergi hantar rombongan"
"Kenapa aku ?"
"Sebab aku nak suruh kau main pantun budi"
Tersedak Azeril apabila mendengar apa yang baru dikatakan Aqasyah . Tangannya laju mencapai gelas air dihadapannya lalu menyedut air masuk kedalam kerongkoknya .
"Weyhh , agak-agaklah nak suruh aku berpantun bagai . Aku mana pandai kalau setakat dua tiga kucing berlari empat lima ekor ikut lari juga aku bolehlah" ujarnya dengan panjang lebar kepada lelaki dihadapannya .
"Hahaha ! Aku nak suruh kau teman aku je lah sebab nanti takkan aku nak masuk join sekali masa parents aku tengah bincang"
"Eishh kau ni , lain kali cakap lah terang-terang . Ni suka main-main dengan aku"
"Sorry lah nokk , aku gurau je . Yelah dah lama tak gurau dengan anak ikan mak yang sorang ni" usik Aqasyah
"Nasib baik aku orangnya penyabar . Sabar je dengan perangai kau yang minta penampor ni . Aku straight ok !" Suka hati dia je bahasakan aku anak ikan dia . Kalau aku betul pun anak ikan dia aku takkan cari sugar daddy yang otak masuk air macam ni
"Hahaha ! Dah jum lah gerak dah nak habis waktu lunch hour ni"
"Jap jap , aneyy kira !" Kata Azeril lalu memanggil mamak yang kebetulan lalu di meja mereka
YOU ARE READING
ENCIK DOKTOR SENGAL !
Losowe"Kita putus , fullstop !" - Naufal Shahir Marissa Aqilah pulang ke tanah airnya selepas ditinggalkan kekasihnya Naufal Shahir disebabkan orang ketiga . Marissa Aqilah menyambung pelajarannya di Malaysia dan meneruskan kehidupannya seperti seolah tia...