Bab 6

5K 174 4
                                    

Azeril Kharif menghempas tubuhnya di atas katil dan memejamkan mata . Dia terbayang wajah Marissa Aqilah yang kini semakin cantik apabila sudah berhijab . Hilang penatnya dikala terbayang wajah Marissa Aqilah wanita pujaannya sekian lama dicari . Mungkin Marissa lupa siapa aku tapi aku masih ingat wajahnya yang tenang dan senyuman di bibir nipisnya yang menawan hati siapa sahaja melihatnya . Azeril Kharif meraup muka ketika teringatkan nama yang Marissa Aqilah panggil semasa pengsan tadi .

Siapa Naufal ? Kenapa Marissa panggil nama Naufal . Dia dah kahwin ke ? Kalau dah kahwin kenapa bukan suami dia yang bawa pergi klinik kalau betul isterinya tak sihat . Andai kata dia sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya aku takkan ganggu dia . Biarlah dia terus bahagia disamping suami dia tapi sebelum tu aku kena juga tahu dia dah kahwin ke belum . Azeril Kharif terkenang kembali peristiwa sewaktu dia pulang bercuti ketika cuti semester di dalam pesawat Airasiax daripada Tullamarine Melbourne International Airport, menuju ke KLIA2, tanah airnya pada 4 tahun yang lepas .

Azeril Kharif memejamkan mata sebaik sahaja menaiki pesawat setelah berlepas selama 30 minit daripada Tullamarine Melbourne International . Perjalanan yang memakan masa 8 jam tidak akan disia-siakan kerana Azeril Kharif berlepas pada jam 4 pagi waktu Melbourne bersamaan jam 1 pagi Malaysia dan dijangka akan tiba di KLIA2 pada jam 9 pagi waktu Malaysia . Ketika Azeril Kharif baru sahaja hendak bermimpi ke bulan tiba-tiba tidurnya terganggu oleh wanita disebelahnya . Azeril Kharif tidak dapat lihat wajah wanita disebelahnya kerana wajahnya ditutup dengan sebuah novel yang dipegangnya .

Sedapnya mak cik sebelah aku ni tidur siap berdengkur lagi . Tak senonoh betul lah mak cik ni . Dia ingat dia tutup muka dengkur dia tak dengar kot , makin kuat adelah . Haish kacau betul mak cik ni . Azeril Kharif cuba mengejutkan mak cik yang berdengkur tak ingat dunia disebelahnya dengan menepuk lembut bahu mak cik tersebut . Tak gerak pun mak cik ni . Sah tidur mati sampai kejut pun tak bangun . Kali ini Azeril Kharif mencuba lagi dengan menepuk kuat sedikit bahu mak cik tersebut . Cubaannya berhasil , buku yang menutup muka mak cik tersebut jatuh ke riba mak cik itu . Wanita yang di sangkaannya mak cik terjaga dalam keadaan mamai memandangnya lalu merebahkan kepalanya ke bahu Azeril Kharif .

Azeril Kharif bagai terkena kejutan elektrik terkejut dan kaku apabila wanita di sebelahnya melentokkan kepala di bahunya . Dia cuba mengalihkan kepala wanita tersebut namun apabila melihat wanita di sebelahnya tidur nyenyak dan tidak berdengkur seperti tadi membuatkan dia tidak sampai hati menganggu tidur wanita itu . Dia merelakan meminjamkan bahu untuk wanita di sebelahnya . Tidurnya terasa terbantut apabila memandang wajah polos wanita disebelahnya . Tangan Azeril Kharif mengambil novel yang jatuh di atas riba wanita tersebut lalu membaca tajuknya 'Jangan Menangis , Anakku' dan menyelak kulit bukunya . dia terlihat satu ucapan ringkas di dalamnya iaitu 'Khas Buat Anak Kesayangan Mama , Marissa Aqilah' . Ohh Marissa Aqilah nama mak cik ni . Azeril Kharif memandang semula wajah Marissa Aqilah kemudian bibirnya menguntumkan senyuman . Cantik seperti namanya . Azeril Kharif leka menelek wajah marissa sehingga tertidur

*GOOD MORNING TO ALL PASSENGERS AND PLEASE PAY ATTENTION . SHORTLY WE WILL LAND AT THE KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2 . WE EXPECT THE PASSENGERS TO WEAR SEAT BELTS TIGHT AND SECURE . THANK YOU.*

Azeril Kharif terjaga apabila mendengar pengumuman daripada pramugari bertugas . Azeril Kharif terasa bahunya kirinya sengal-sengal lalu memandang ke sisi kirinya . Dia lihat Marissa Aqilah masih lagi nyeyak dibuai mimpi . Sedap betul tidur dekat bahu aku sampai aku dah bangun tapi dia tak bangun lagi . Seorang pramugari datang untuk membuat pemeriksaan untuk memastikan para penumpang memakai tali pinggang keselamatan sebelum mendarat .

"Sorry sir, please put the safety belt on your wife" Kata salah seorang pramugari kepada Azeril Kharif

Azeril Kharif tersenyum pahit kepada pramugari tersebut lalu memasangkan tali pinggang keselamatan pada Marissa Aqilah yang masih diulik mimpi .

"Thank you sir" Kata pramugari tersebut dan berlalu pergi

Azeril Kharif memandang Marissa Aqilah yang disangka isterinya oleh pramugari sebentar tadi . Isteri sementara .. bisik hatinya

"Cik , bangun"

Senyap

"Cik , bangun"

Masih senyap

"Cik , bangun !" Suara Azeril Kharif dikuatkan sedikit kerana geram melihat Marissa Aqilah tidak menunjukan tanda-tanda hendak terjaga

Marissa Aqilah mengangkat kepalanya dan cuba membuka matanya apabila terasa tidurnya digangu seseorang .

"Sedapnya awak tidur dekat bahu saya daripada dekat Melbourne sampai dekat KLIA2 ni kan . Sakit tahu tak bahu saya ni" Bebel Azeril Kharif kepada Marissa Aqilah

"Kita dah sampai ke ?" Melissa Aqilah masih lagi kelihatan mamai dan melihat penumpang-penumpang lain sedang berpusu-pusu melangkah keluar daripada perut pesawat Airasiax yang dinaikinya .

"Sebab dah sampai lah saya kejut awak cik adik oii" Lalu Azeril Kharif turut melangkah keluar daripada perut pesawat tersebut dan meninggalkan Marissa Aqilah yang kelam kabut memperkemaskan dirinya

Semasa Azeril Kharif mengambil bagasinya dia terlihat susuk tubuh Marissa Aqilah yang sedang mengangkat bagasinya. Mak aihh , banyaknya beg yang dia bawak , pindah duduk kl ke apa minah ni . Selepas mengambil bagasinya dia menghampiri marissa aqilah dengan tujuan untuk memberikan pertolongan .

"Meh sini saya tolong angkatkan" Kata Azeril Kharif sambil mencapai bagasi yang dipegang Marissa Aqilah .

"Banyaknya luggage awak bawak , awak nak pindah duduk dekat Malaysia ke ?" Bertanya Azeril Kharif dengan mesra

"Hmm haah . Thanks sebab sudi tolong saya" Ucap Marissa Aqilah sambil tersenyum ikhlas kepada Azeril Kharif

"Okay dah siap . Ada bagasi lagi ke"

"Hm takde dah . Thanks again" Katanya sambil tersenyum manis kemudian berlalu meninggalkan Azeril Kharif

"My pleasure"

Azeril Kharif hanya mengikuti Marissa Aqilah daripada belakang sehingga ke tempat mengambil penumpang . Azeril Kharif lihat sebuah kereta Perodua Myvi menjemput Marissa . Mungkin kawan dia yang datang jemput . Semasa Marissa Aqilah menaiki kereta rakannya , Marissa Aqilah sempat memandang ke arah Azeril Kharif dan memberikan senyuman sambil melambai kepadanya . Azeril Kharif membalas lambaian Marissa Aqilah sehingga Perodua Myvi tersebut hilang daripada pandangannya . Marissa Aqilah , aku jatuh cinta dengan senyuman manisnya !

ENCIK DOKTOR SENGAL !Where stories live. Discover now