Semua orang nak berubah.
Semua orang tak pernah nak minta jadi jahat , tiada sesiapa yang berharap untuk jadi seorang yang jahat.
Mungkin ada hikmah Tuhan menjadikan seseorang dengan sifat begitu.Ya , Tuhan sedang berdialog dengan kita , dengan memberikan peluang kepada seseorang itu mencari jalan yang benar.
Tetapi , keadaan sekeliling kadangkalanya menghalang.
Mereka dicaci , dihina masyarakat.
Tidak terkecuali keluarga sendiri , semua menghina.
Mereka tetap mencari , walaupun kadangkalanya mereka rebah , tetapi mereka tetap berusaha mengejar cahaya biarpun mereka terpaksa merangkak.Mungkin , itu tanda Tuhan masih sayangkan hamba-Nya , tidak seperti hamba-hamba-Nya yang kadangkalanya tidak menyintai antara satu sama lain.
Mereka membuangnya.
Buang daripada masyarakat.
Dan di situ Tuhan menghantar segelintir hamba-Nya untuk sama-sama membantu untuk ke jalan-Nya.Ya , Tuhan berdialog dengan semua manusia , tetapi cara yang membezakan.
Maka , beruntunglah mereka itu.
Berilah mereka peluang untuk mencari kehidupan mereka.
Kasih sayang Tuhan tidak seperti hamba-Nya .
Ianya sungguh indah.
Di saat di lapangan yang luas terbuka , insan ini menuding jari ke arah kita , dan berkata ,"Wahai Tuhan , mereka tidak pernah menolongku , malah mereka membuangku daripada mereka , mereka menganggap aku ini jijik dan sampah ."
Apa kita mahu katakan terhadap Tuhan?
YOU ARE READING
K.Li.Se
RandomKu Lihat Segalanya -farysa_imza- "Luahan hati dari diri ini yang amat hina dari satu sisi yang amat ganjil" "Kritikan aku kepada diri aku dan kepada seisi alam maujud sekitar aku" "Meraikan cinta yang hadir sehabis baik" Penulis : Anonymous F.I (far...