~Kenangan Pahit Manis~
Aku menonton Majalah 3 semalam tentang Pan Kobo (kedai roti di Johor Bharu yang dimiliki oleh Chef dan Pengurus yang berbangsa Jepun).
Seperti yang diketahui , orang jepun memiliki dan mengamalkan disiplin yang tinggi.
Terdapat salah faham antara pekerja tempatan dan chef tersebut , di mana chef tersebut mementingkan kualiti pembuatan roti itu.Tetapi , pekerja sering melakukan kesilapan dan dimarahi oleh chef tersebut.
Kisah itu berlanjutan apabila seorang pekerja menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengurus kerana tidak tahan dengan keadaan di situ ; dimarahi oleh Chef kerana terdapat selisih faham dalam kualiti pembuatan roti dan masalah komunikasi di antara mereka , dan perkara ini diikuti oleh pekerja-pekerja yang lain.
Kisah ini mengingatkan aku kepada suasana di tempat kerja aku dahulu . Cerita yang hampir sama , tetapi bukan cerita mengenai pemberontakan pekerja kepada chef , tetapi kepada Pengurus dan konco-konconya atas masalah tertentu.
(Aku rasa aku je kot yang dikategorikan 'memberontak'...yang lain tak tahu laa)Seorang demi seorang pekerja menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengurus Restoran....boleh dikatakan sebagai Restoran 'S'.
Cerita selanjutnya tidak perlu diceritakan di sini...kerana kisah kami di situ sangat panjang kerana aku mengingati setiap peristiwa yang berlaku semasa aku bekerja di situ. Untuk pengetahuan juga , kami tidak mempunyai sebarang masalah langsung kepada Chef kami , tetapi kepada pihak atasan yang melayan kami (Budak Kitchen) dengan layanan yang tidak sepatutnya.
Apa yang nak diceritakan di sini , sebagai Pemimpin mestilah mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak buah , bukan setakat mahu pentingkan diri sendiri dan keuntungan syarikat semata-mata. Pemimpin juga perlu berhati-hati kerana pemberontakan anak buah juga boleh berlaku jika masalah tidak dapat diselesaikan , contoh seperti kami memberontak dengan cara berhenti kerja . Ini akan merugikan Syarikat tersebut kerana akan kehilangan pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan hebat serta luar biasa dalam selok-belok Restoran.
Kisah Pan Kobo itu berlanjutan apabila Chef dan Pengurus bekerjasama menyelesaikan masalah dan memajukan kedai roti mereka. Hmmm , itu orang Jepun . Orang MELAYU?? Tak tahu~~
Apapun , kenangan ini yang terus mematangkan kami untuk menghadapi masa depan . Aku tetap merindui mereka yang sama-sama denganku di situ.Kenangan Pahit Manis.
YOU ARE READING
K.Li.Se
RandomKu Lihat Segalanya -farysa_imza- "Luahan hati dari diri ini yang amat hina dari satu sisi yang amat ganjil" "Kritikan aku kepada diri aku dan kepada seisi alam maujud sekitar aku" "Meraikan cinta yang hadir sehabis baik" Penulis : Anonymous F.I (far...