43

11 1 0
                                    

Aku masih ingat lagi,
Petang ketika itu,

Kau menyapa aku,
Mengejutkan aku dari lena yang panjang.

Ianya bukan tamparan,
Cuma sentuhan mulus dari hati yang suci.

Kau memberi sinar baharu,
Dikala hati ini semakin pudar dalam kegelapan.

Kau menghulur tangan,
Namun tidak boleh disentuh oleh hati yang hitam.

Ah, itu cuma anggapan sahaja,
Dari lebihan hati yang tersisa.

Aku masih lagi menganggap begitu.
Masih menganggap pintu masih terbuka,
Terbuka untuk aku.

K.Li.SeWhere stories live. Discover now