53

9 0 1
                                    

Secara tiba-tiba,
Aku berada di dalam sebuah rumah yang digenangi air yang tenang dan jernih.

Di dalam rumah yang digenangi air,
Aku tidak bersendirian.
Adakah aku mengenalinya?
Mungkin ku kenal.
Sepertinya pernah bersua.
Ketika itu juga aku lupa.

Lalu aku disuruh berenang turun ke dasarnya untuk mencari sesuatu,
Entah mengapa,
Sifat gentarku kerana tidak tahu berenang hilang sama sekali.
Siapa orang itu yang memberiku azimat sehebat ini?

Tanpa aku sedari,
Ular berbisa keluar dari lubuk mana pun aku tidak pasti.
Tiga ekor semuanya,
Dan ianya sedang dalam posisi menyerang lalu memancutkan bisanya.

Secara tiba-tiba,
Rumah yang digenangi air itu kering sehingga menampakkan dasar.
Wajah ular tersebut semakin kelihatan.
Siapa yang tidak gentar apabila berhadapan dengan ular berbisa?
Ular tersebut menyemburkan lagi racunnya,
Hampir mengena.

Ah, peduli apa aku.
Bukankah ada sakti yang aku perolehi?

Tiba-tiba aku terjaga.

K.Li.SeWhere stories live. Discover now