PROLOG : THE DEVIL INSIDE

750 44 13
                                    

Hotel Hilton tingkat 13, Kuala Lumpur. Pukul 03.35 pagi.

Lima orang pengawal peribadi yang berkawal di sepanjang koridor hotel mewah itu berdepan detik-detik cemas apabila tiba-tiba sahaja diserang hendap oleh seseorang yang berpakaian serba hitam keseluruhannya. Hanya sepasang mata berwarna hazel saja yang kelihatan. Namun pandangan mata itu sangat dingin dan kejam hingga mampu membuatkan sesiapa yang memandang akan merasa ketakutan.

Sebaik sahaja lift terbuka, penyerang itu langsung melepaskan beberapa das tembakan ke arah lima orang pengawal peribadi tersebut tanpa mereka sempat untuk bersedia. Dua pucuk pistol yang lengkap dengan silencer itu ditujukan tepat ke arah dua orang pengawal yang berjaga di hadapan lift dan tepat mengenai kepala mereka membuatkan mereka mati serta merta. Namun penyerang itu tidak berhenti di situ sahaja. Dengan lincah, dia pantas berlari menghampiri tiga lagi pengawal yang masih terpinga-pinga itu untuk melakukan serangan yang seterusnya. Mereka tersedar dan cuba mempertahankan diri namun tindakan mereka ternyata sia-sia. Penyerang itu dengan pantas menembak mereka satu-persatu tanpa belas kasihan. Jasad kaku mereka langsung rebah menyembah bumi. Darah segar mengalir di tubuh mereka membasahi lantai koridor hotel itu. Penyerang itu telah berhasil membunuh sasarannya dengan sekelip mata tanpa sempat untuk mangsanya berbuat apa-apa. Pembunuhan yang pantas dan kejam. Sesuai dengan keinginan penyerang itu sendiri.

Penyerang itu mendengus kasar memerhati mayat-mayat yang bergelimpangan, dengan langkah bersahaja, dia mula menapak ke arah sebuah pintu yang tertutup rapat terletak tidak jauh di hadapannya dan berhenti betul-betul di muka pintu tersebut. Telinganya menangkap dengan jelas suara dua makhluk yang berbeza jantina mendesah dan mengerang. Dia sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku disebalik pintu itu. Kemarahan mula menguasai hatinya. Dia melangkah setapak kebelakang dan kemudiannya merempuh pintu itu dengan kuat membuatkan penghuni bilik itu terkejut dan menghentikan perbuatan terkutuk mereka. Sebaik sahaja melihat penyerang itu, mereka menjerit ketakutan dan segera menutup tubuh badan mereka yang terdedah dengan selimut. Lelaki berusia separuh abad berbangsa cina itu kelihatan ketakutan sambil dipeluk oleh seorang gadis muda yang sebaya dengan usia anaknya sendiri yang sudahpun menangis kerana terkejut dan takut lebih-lebih lagi apabila melihat dua pucuk pistol yang dipegang oleh penyerang tersebut. Kedua-duanya tidak menyangka bahawa mereka akan di sergah seperti itu sedangkan penyerang itu masih berdiri kaku di hadapan pintu yang sudah terbuka luas sambil tersenyum sinis disebalik selubung hitamnya.

"Siapa kau? Macam mana kau boleh masuk ke sini???" tanya lelaki itu kepada penyerang tersebut dengan suara terketar-ketar.
Penyerang itu hanya berdiam diri tanpa mempedulikan soalan lelaki itu. Mereka menjerit apabila melihat penyerang itu mengangkat pistolnya dan menunjuk ke arah mereka. Ketakutan jelas terlihat di wajah keduanya.

"Kau.. pergi!!"

Penyerang itu bersuara keras dan kasar sambil menunjuk kepada gadis yang menangis terisak-isak itu. Gadis itu sedikit terkejut tapi merasa bersyukur kerana penyerang itu melepaskannya pergi. Tanpa membuang masa gadis itu melepaskan pelukannya daripada lelaki tersebut dan segera mengambil pakaian dan barang-barangnya. Dia sedikit gugup apabila melintasi penyerang itu yang masih berdiri tegak di hadapan pintu. Serta merta hidung gadis itu dapat menangkap aroma yang terbit dari tubuh penyerang itu sewaktu melintasinya. Sepertinya dia mengenali aroma tersebut. Gadis itu cuba berfikir namun dia mematikan hasratnya sebaik sahaja melihat jelingan tajam dari penyerang itu membuatkan dia ketakutan dan langsung berlari keluar dari bilik meninggalkan lelaki tua tadi berhadapan sendiri dengan penyerang itu.

Lelaki itu semakin ketakutan apabila ditinggalkan sendirian. Dia memerhati penyerang itu atas bawah. Cuba mengecam siapa yang begitu berani menyerang seorang usahawan terkemuka sepertinya. Lelaki itu menyangka bahawa mungkin penyerang itu dihantar oleh salah satu dari musuh perniagaannya. Tapi siapa?

MALAIKATWhere stories live. Discover now