Tembakan bertubi-tubi dilepaskan dan hampir mengenai Raihana. Gadis itu menggigil ketakutan dan hampir sahaja pengsan. Latihan yang dikenakan keatasnya begitu keras dan memerlukan disiplin yang tinggi. Dia perlu mengendalikan emosi dan fikirannya apabila menjadi Raihana dan bukan Rea.
"Raihana! Stand your guard! This is an order. Don't you ever dare to run away! Shoot more!"
Suara garau seorang lelaki membentak gadis kecil lima belas tahun itu tanpa belas kasihan. Tembakan kembali dilepaskan. Raihana akhirnya hanya mampu memejamkan mata dan menutup telinga.
"Berhenti! Tolong berhenti! Ana tak mahu, tolonglah.. Ayah.. tolong hentikan! Ana takut!"
Jerit gadis itu meminta simpati. Kakinya terasa lemah hingga tidak mampu untuk berdiri lagi. Raihana jatuh terduduk dan menangis semahu-mahunya.
"Stop!!"
Lelaki yang dipanggil Raihana sebagai ayah itu memberi arahan serta merta. Kedengaran keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menghampiri gadis itu.
"Raihana! What is wrong with you? Ayah dah cakap latihan ini penting untuk kamu! Raihana has to be strong in order to protect her when Rea is gone, understood!?" bentak lelaki itu lagi.
Raihana berusaha menahan tangis dan mengangguk kecil. Kata-kata ayahnya ada kebenarannya. Dia tidak boleh selamanya bergantung pada Rea. Raihana sendiri perlu mencari cara untuk kuat dan boleh bertahan hidup tanpa adanya Rea.
"Maafkan ana, ayah. Ana janji ana akan cuba untuk kuat." ujar Raihana sambil tersedu sedan.
Lelaki itu mengusap lembut kepala Raihana. Dia faham gadis kecil itu ketakutan. Namun dia juga tidak boleh membiarkan Raihana lemah dan Rea terus kuat. Kedua-duanya perlu seimbang supaya Rea dan Raihana boleh bekerjasama dengan baik. Itu yang diinginkannya. Rea Raihana adalah eksperimen terbaik yang pernah organisasi hasilkan dan akan membawa keuntungan kepadanya.
"You are the best Rea Raihana. Don't you ever forget that. Segala apa yang ayah ajar hanya untuk kebaikan kamu suatu hari nanti. Dendam kamu akan terbalas, ayah janji. Tapi sekarang kamu perlu kuat untuk terus hidup. Ayah akan bantu kamu. Rea Raihana are the angels that i can count on and i will always be there when you need me."
.
.
.
.
Rea Raihana terbangun dari tidur sambil memegang kepala. Mimpi tentang kisah silamnya terasa begitu memeningkan kepala dan memenatkan otak."Arrghh! Celaka!" Rea menghempaskan keluhan berat. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dan terkuak dari luar. Dean masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang makanan dan tersenyum lembut. Rea hanya memandang tanpa perasaan.
"Good morning angel. Come, lets have a breakfast after that we have to meet father at the headquarter. He wished to see you."
Rea memicingkan pandangan mata. Aneh, fikir Rea. Pasti ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuannya kerana Rea tidak ingat apa-apa selepas perbualannya dengan Dean. Emosinya begitu terganggu sehingga kepalanya terasa sakit dan pandangannya kelam hingga dia tersedar pagi ini.
"What happen,Dean?"
Rea bertanya terus dan berharap Dean akan menjawab pertanyaannya. Lelaki itu tersenyum.
"Nothing. Saya dah bincang dengan ayah yang awak tak nak terima misi tu dan dia setuju." ujar Dean dan meletakkan dulang makanan yang dibawanya di atas meja bersebelahan dengan katil Rea.
"Ayah... setuju?" Rea bertambah hairan. Ayah tidak pernah bersikap begitu.'Tak mungkin!'
"Yes angel. Sekarang awak breakfast dulu. Lepas tu bersiap. saya tunggu di bawah." Dean mengusap lembut kepala Rea yang kini tidak lagi menolak setiap sentuhannya. Dean terus berlalu meninggalkan Rea yang masih diam membisu.
YOU ARE READING
MALAIKAT
غموض / إثارةPabila satu jasad menyimpan dua jiwa yang berbeza. Kegelapan dan Cahaya. Bersatu atas dendam yang sama. Dunia umpama neraka. Siapa yang menghalang, Nyawa galang gantinya! Raihana. Umpama mawar yang mekar dan indah dimata. Wanita dambaan semua jejak...