Part 9: Secret Untold

211 13 0
                                    

Mikhail terjaga dari tidur secara mengejut namun serentak dengan itu tangannya spontan memegang kepalanya yang sakit.

"Arrghh!!" jerit Mikhail kecil. Ternyata Mikhail tidak menyedari bahawa ada seseorang sedang bersama dengannya. Raihana terus mendapatkan Mikhail yang sedang menahan kesakitan itu.

"Mikha.."

Raihana memanggil dengan lembut sambil turut menyentuh kepala lelaki itu. Mikhail perlahan-lahan membuka mata dan memandang Raihana. Mikhail sedikit tersentak apabila matanya bertemu dengan mata hazel Raihana. Pada mulanya dia seakan-akan terbayang akan wajah pembunuh tersebut namun akhirnya dia tersedar, mana mungkin mata kejam itu sama dengan kelembutan pandangan mata Raihana.

"Mikha,kenapa ni? Awak okey ke?"

"Raihana.. awak buat apa dekat sini? Saya dekat mana?"

Mikhail membiarkan jari jemari Raihana mengurut-urut lembut bahagian belakang kepalanya yang sakit. Berkat dari urutan tersebut, kesakitan yang dirasai semakin berkurang.

"Awak dekat hospital sekarang. Ibu call, cakap yang Mikha masuk hospital. Saya terus pergi ke sini. Nasib baik awak tak apa-apa. Kata doktor bila awak dah sedar, awak dah boleh balik." Raihana menerangkan semuanya kepada Mikhail. Lelaki itu hanya mengangguk faham. Otaknya kembali berfungsi seperti biasa dan mengimbau kembali punca dia dimasukkan ke hospital. Raihana seolah-olah dapat membaca fikiran lelaki itu.

"Mikha, jangan fikir banyak sangat. Awak kena rehat sebelum doktor benarkan awak balik."

Mikhail hanya diam dan memandang Raihana dengan pandangan yang sukar untuk di mengertikan. Gadis itu memang prihatin terhadapnya. Wajah manis itu ditatap sepuas hati. Sudah beberapa hari tidak melihat wajah gadis itu kerana kesibukannya, kali ini Mikhail tidak melepaskan peluang. Lelaki itu tersenyum tatkala melihat wajah Raihana yang sudah kemerahan menahan malu.

"Ke..kenapa pandang saya macam tu? Seganlah. Tengoklah tempat lain."

Raihana pura-pura marah dan menolak lembut pipi Mikhail dengan tangannya. Cuba mengalihkan perhatian lelaki itu dari terus memandangnya. Mikhail spontan ketawa melihat tingkah comel dan lucu Raihana. Gadis itu pula hanya tersenyum senang. Sekurang-kurangnya Mikhail tidak terlalu memikirkan pekerjaannya.

"Thanks, Raihana. Sebab tu saya tak suka jauh-jauh dari awak. Awak saja yang boleh buat saya rasa gembira. Semua yang awak lakukan, tingkah lucu awak, senyuman awak. Semua dah cukup buat hari saya sempurna." Mikhail spontan menyentuh pipi gadis itu lalu mengusap lembut. Mereka saling berpandangan dan bertukar senyuman. Walaupun status hubungan keduanya belum jelas, Raihana dan Mikhail tahu, mereka saling menyayangi dan mereka selesa dengan kedekatan mereka sekarang.

"Awak memang kan.. i hate sweet talker." ujar Raihana tanpa sedar sambil tersenyum. Mikhail tersentak sekali lagi. Serentak dengan itu suara seseorang menerpa ingatannya.

'Shut up. Don't call me like that sweet talker.'

Anak mata Mikhail membesar. Rea! Rea! Mikhail kembali memegang kepalanya yang terasa sakit secara tiba-tiba. Nama itu menerpa dan memenuhi setiap penjuru ingatan. Raihana perasan akan tindak tanduk lelaki itu kembali menerpa dengan rasa khawatir.

"Mikha!"

Raihana mengalih tangan Mikhail dan mengantikannya dengan tangannya sendiri. Kembali mengurut lembut dan berusaha menenangkan lelaki itu. Mikhail menutup mata sambil berusaha menahan kesakitan, bukan itu sahaja dia berusaha mengusir jauh ingatannya pada wanita misteri berhijab wajah bernama Rea itu.

"Mikha, awak ni degillah.. saya dah cakap jangan banyak sangat berfikir. Awak suka buat saya rasa risau. Awak nak duduk lama dalam hospital ke?" Raihana menahan amarah namun setiap tutur kata di atur dengan baik supaya Mikhail tidak terasa. Lembut tapi penuh penegasan.

MALAIKATWhere stories live. Discover now