Part 14 : Memories

110 6 3
                                    

Warning : Lots of  typosss

Seorang anak kecil perempuan sedang khusyuk bermain di gigi air terjun. Kaki kecilnya dihempas-hempas ke permukaan air sejuk yang mengalir dari perbukitan tersebut, menghasilkan percikkan-percikkan air hingga membasahi tubuh mugilnya. Anak kecil itu tertawa riang. Beg dan kasut sekolahnya terletak tidak jauh dari situ. Perhatiannya hanya kepada kesejukan air yang membasahi kaki kecilnya.

Usai sekolah, dia langsung ke situ. Kawasan air terjun itu memang menjadi tempat permainannya. Seringkali waktu cuti sekolah dia dan keluarganya akan pergi ke situ untuk beriadah. Namun jika ayahnya disibukkan dengan pekerjaan, dia akan datang bersama kakaknya.

"Ita.. Ita??"

Kedengaran suara seseorang melaungkan namanya beberapa kali. Rita segera menoleh dan kelihatan teruja. Suara itu adalah suara kakak kesayangannya. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih kurang empat tahun lebih tua darinya tersenyum manis kepadanya. Lesung pipit di pipi gadis itu menjadi tarikan utama wajah gadis manis itu.

"Kak Ratna!! Sini cepat!!"

Rita melambai gembira memanggil kakaknya yang dipanggil Ratna. Ratna pula hanya menggeleng kecil lalu menghampiri adiknya.

"Kak, marilah temankan Ita. Ita tengok banyak sangat ikan dalam air tadi. Semua cantik-cantik kak. Boleh tangkap seekor tak untuk Ita?" Ita memandang Ratna penuh harap.

"Ita, mana boleh. Ita sepatutnya dah balik rumah lah. Ibu dah risau. Sebab tu akak cari Ita. Kak Ratna tahu Ita mesti ada dekat sini. Kita balik ya?" Ratna cuba memujuk adiknya namun Ita tidak mengendahkan. Sebaliknya Ita terus saja cuba untuk masuk ke dalam air dan Ratna segera menghalang.

"Ita!! Jangan! Biar kak Ratna saja yang ambilkan ikan tu. Tapi janji dengan akak yang Ita akan ikut kak Ratna balik nanti. Boleh?"

Senyuman mula terukir di bibir Ita tatkala mendengar tawaran Ratna. Dia tahu Ratna tidak akan pernah mengecewakannya. Ita tahu kakak nya sangat sayang padanya. Ita mengangguk laju.

Ratna terus menghampiri adiknya dan membuka selipar yang dipakai lalu terus masuk ke dalam air. Seperti kata Ita sebentar tadi, kawasan itu memang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan yang cantik. Ratna hanya tersenyum kecil menampakkan lesung pipit di pipinya.

"Ita, ada bekas tak nak letak ikan ni nanti?" Ratna berkalih kepada adiknya. Ita segera menyelongkar beg sekolah lalu mengeluarkan kontena kecil bekas makannya yang telah kosong dan menghulurkan bekas tersebut kepada Ratna.

"Ita pegang bekas tu. Nanti kak Ratna akan tangkap dan letak ikan dalam bekas tu ya"

"Baiklah kak." Hati Ita berbunga senang.

Ratna perlahan-lahan memasukkan tangannya ke dalam air sambil memerhati pergerakan ikan yang berada berhampiran dengannya. Ratna sempat memberi isyarat kepada Ita supaya tidak bersuara. Ratna berhenti sejenak. Membiarkan dirinya kaku seketika sedangkan matanya meliar ke arah ikan-ikan tersebut. Penuh sabar Ratna menanti ikan-ikan itu mendekatinya. Ratna langsung tidak bergerak sedikitpun. Jika berlaku pergerakan, maka ikan-ikan itu akan lari bertempiaran akibat dari kocakan air tersebut. Jadi Ratna harus berhati-hati. Satu saja kesilapan akan membawa kepada kegagalan dan jika dia gagal, Ita pasti akan kecewa dan merajuk kepadanya. Ratna tidak mahu hal tersebut berlaku.

Sebaik sahaja beberapa ekor ikan kecil berada hampir dengannya, tangan Ratna lincah menangkap ikan-ikan tersebut dengan pantas. Setelah berjaya, Ratna segera memasukkan ikan tersebut ke dalam bekas yang di pegang oleh Ita.

"Wow! Banyaknya kak Ratna! Yeay!!"

Ratna hanya mengeleng-geleng kecil.

"Dah, mari kita balik ya? Nanti ibu cari pula. Jom. Ita bawa lah ikan tu. Nanti akak tolong bawakan beg Ita. Kita balik makan."

MALAIKATWhere stories live. Discover now