Bab 2

33K 221 3
                                    

Anak ini perlukan ayahnya.

Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang.

Selamat Pengantin Baru. - Gadis Misteri.

"Kenapa senyap? Jawablah soalan atuk kamu tu?" sergah Datin Puteri Aisyah dengan wajah menyinga. Kad yang dibaca seketika tadi dibuang ke lantai. Berang!

"Erm... Sebenarnya... Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa, Danny?" potong Dato Megat Aiyub tidak sabar.

"Danny tak tahulah, tuk." Intonasi rendah diperdengarkan kepada kedua-dua datuk dan neneknya yang merendah diri orangnya. Kedua-duanya tidak gemar disapa Dato dan Datin sekiranya tidak melibatkan majlis-majlis rasmi. Namun, kedua-dua mereka merupakan individu yang tegas hingga kadangkala dia merasakan datuk dan neneknya itu seperti pemerintah diktator yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ah, melampau sangat perumpamaan kau tu, Danny.

"Atuk tanya ni, kenapa tak jawab?" Sergahan itu menyebabkan bahu Danny terjongket. Dengan helaan nafas panjang, dia menjawab lemah.

"Danny tak tahu, tuk."

"Kamu kata kamu tak tahu?" ulang Dato Megat Aiyub dengan suara tinggi. Terkejut bercampur berang dengan jawapan yang diberikan oleh cucu kesayangannya itu. Hesy, Danny... Tak pernah berubah! Ada sahaja perbuatan anak muda itu yang membuatkan darah tuanya menggelegak.

"Sumpah, Danny tak tahu apa-apa."

"Termasuk budak tu?" sampuk Datin Puteri Aisyah pula. Nenek yang cukup tegas dan keras orangnya. Lambat-lambat dia mengangguk. Tak tahu nak kata apa lagi. Dia sudah tertangkap pada hari yang bakal merubah kehidupan silamnya.

"Danny betul-betul malukan atuk dengan nenek. Mana kami nak letak muka? Tu keluarga pengantin perempuan dah pandang semacam! Apa atuk nak beritahu pada mereka?"

"Atuk rahsiakanlah. Tentang budak ni, tahulah macam mana Danny nak handle nanti!"

"Danny nak handle macam mana? Ni budak ni, nak sorok kat mana?"

"Alah, atuk tolonglah cover! Nanti Danny akan cari jalan dan selesaikan masalah ni, tuk."

"Macam mana kamu nak selesaikan masalah ni, Danny? Nak cari mak budak tu? Di mana? Siapa orangnya? Kamu kenal?"

Danny menggeleng. Itu pun satu hal, bayi kecil ini datang bersama satu kad ucapan dan juga sehelai sijil kelahiran. Di atas kepingan kertas itu, hanya terdapat maklumat ibu dan juga maklumat bayi tanpa keterangan bapa di bahagian yang sepatutnya. Ah, ini sudah parah!

"Jangan-jangan dia orang nak perangkap Danny tak?" tebaknya cuba menyedapkan hati sendiri.

"Untuk apalah mereka nak perangkap kamu, Danny? Kamu bukannya ada apa-apa. Buang masa mereka nak buat kerja tak berfaedah ni. Lagi pula, tiada ugutan atau apa-apa yang mencurigakan. Pengirim ni hanya mahu kamu bertanggungjawab dan jaga bayi ni dengan baik. Jadi, apa maknanya semua ni? Cakap pada nenek!" tukas Datin Puteri Aisyah menyampuk dengan tiba-tiba.

"Nek... Sumpah, nek. Danny tak tahu."

"Assalammualaikum," sapa seseorang. Serentak itu juga, ketiga-tiga mereka berpaling.

"Saya Hisyam, pembantu tok kadi. Nak tanyalah pada Datuk sekeluarga, majlis pernikahan ni jadi ke tidak?" Mungkin terlalu lama menanti, akhirnya pembantu kepada tok kadi datang sendiri bertanya bagi meminta kepastian tentang majlis yang ditangguhkan sebentar tadi.

"Kenapa ya, Encik Hisyam? Ada apa-apa masalah ke?" Danny menyoal dengan riak wajah yang resah.

"Macam inilah, Encik Danish, tok kadi perlu nikahkan beberapa pasangan pengantin yang lain. Jadi, jadual kami memang agak padat. Oleh itu, eloklah kiranya kami selesaikan upcara pernikahan ni mengikut jadual yang disusun. Senang kerja kami, senang jugalah kerja Encik Danish," ujar Hisyam memangil Danny dengan namanya yang sebenarnya. Megat Danish!

Pujaan Hati KandaWhere stories live. Discover now