Jungkook dan Taehyung menghampiri empat sahabat mereka yang menunggu di luar kereta.
Jin duduk bersila di atas lantai. Mukanya pucat dan berpeluh. Jimin pula duduk sambil memeluk lututnya, menggigil. Suga, bersandar di kereta. Mukanya juga ketakutan. Namjoon pula...reaksi dia masih sama dengan reaksi dia waktu tengok kepala tergolek tu..
"Omo...korang berempat ni dah kenapa? Asal berpeluh bagai ni?" Soal Jungkook.
"Kepala...tergolek....tolong...aku takut giler ni wei!!!" Namjoon tiba-tiba bangun dan menggoncang tubuh Jungkook kuat-kuat. Hampir terjatuh tubuh Jungkook dibuatnya apabila digoncang begitu kuat oleh Namjoon.
"Huh? Kepala? Tergolek?" Taehyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Aish! Kita kena pergi dari sini! Sekarang juga! Aku tak nak duduk sini dah! Jin hyung ppalli, bawa kami pergi dari sini!" Suga sudah masuk ke dalam kereta.
Jin hanya menurut. Dia sendiri tidak mahu berlama-lama di situ.
*****
"Sementara ni kita duduk dekat hotel tempat Namjoon kerja tu, okay?" Soal Jin sambil memandu.
"Hem..." mereka yang lain hanya menjawab sepatah.
"Hyung....pergi la tempat yang jauh sikit. Tempat kerja aku tu selang dua blok aje dari apartment kita tu. Kalau 'diorang' masih datang kacau macam mana???" TUK! Soalan Namjoon itu dibalas dengan ketukan di kepala oleh Jin.
"Boleh tak kau jangan merapu, Namjoon? Hyung tahu kau takut. Hyung sendiri pun takut ni. Tapi kalau kita pergi jauh sangat...JHope macam mana? Takkan kita nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini?"
Kata-kata Jin membuatkan Namjoon terdiam.
'Penghuni-penghuni kat apartment tu...hantu ke? Tapi apesal semua nampak normal aje bila kami mula-mula datang kat apartment tu? Semua okay aje?' Taehyung berkata dalam hati.
***
Hotel M.
Mereka menyewa tiga bilik di hotel tersebut. Satu bilik dua orang. Jin dengan Namjoon. Jungkook dengan Taehyung. Suga dengan Jimin.
"Eh? Namjoon oppa? Kenapa Namjoon oppa nak menginap kat sini? Namjoon oppa kan dah sewa rumah?" Soal gadis di kaunter penyambut tetamu itu. Gadis itu memang kenal dengan Namjoon sebab Namjoon kan lift man kat hotel tu...
Namjoon tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya.
"Err....oppa dengan kawan-kawan oppa ada masalah sikit...em...kami naik dulu ya?" Namjoon ingin segera mengelak daripada terus disoal oleh gadis tersebut.
***
Dalam lif.
"Kenapa aku kena share bilik dengan budak pendek ni?" Soal Suga, tidak puas hati. (Dah mula dah perangai dia tu... -_- )
Jimin memandang Suga. Eh...tadi masa kat apartment, bukan main lagi lari lintang pukang sambil tarik aku...sekarang perangai dia datang balik...haih...
"Aku takkan ganggu hyung. Hyung buat la apa yang hyung nak. Aku duduk senyap-senyap aje." Kata Jimin lalu memandang ke depan semula.
Dia malas nak bertekak dengan Suga. Tak ada faedah pun. Suga takkan mengalah punya.
Jin sendiri mengeluh. Dia pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan Suga tu. Keras kepala!
***
Malam itu...
-Bilik Suga dan Jimin-
Setelah selesai menikmati piza sebagai makan malam(sebab Jin hyung tak boleh masak)... Suga duduk di atas katil sambil menonton TV.
Jimin di dalam tandas, sedang menggosok gigi (petang tadi diorang pergi beli barang-barang keperluan sebab semua dah tertinggal kat apartment, diorang langsung tak bawa apa-apa).
Setelah selesai menggosok gigi, Jimin mencapai pencuci muka. Cuci...cuci...cuci...splash! Air disimbah ke muka. Tangannya menggagau-gagau tuala. Mana la pula tuala ni...
Tiba-tiba satu tangan menghulurlan tuala kepada Jimin. Jimin pun ambil la tuala tu.
"Gomawo..." Jimin mengelap mukanya yang basah lencun. Kemudian dia tersentap. Kejap....Suga hyung kat luar...tengah tengok TV...
SIAPA YANG BAGI TUALA TU???
Lalu Jimin mengangkat mukanya, memandang cermin. Matanya terbuntang luas.
"Wargh!!!!!!!!!!"
Jimin segera berlari ke pintu. Tombol pintu dipulas, namun pintu bilik air itu tetap tidak terbuka.
"Hyung! Suga hyung!! Tolong aku!!! Hyung!!!!!" Tangannya laju memulas tombol pintu yang terkunci itu.
Hilaian dari belakangnya membuatkan Jimin lembik lutut. (Ayat apakah itu? XD )
Jimin menoleh. Dipandangnya 'benda' itu dengan wajah ketakutan tahap maksima. Jimin akhirnya jatuh terduduk. Seluruh tubuhnya menggigil hebat.
"Hajima....jangan dekat dengan aku...hyung...Suga hyung...tolong aku...." Jimin masih mengetuk-ngetuk pintu. Perasaan takut plus terkejut membuatkan pandangan Jimin mula menjadi gelap dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.
Tbc
Sori kalau typo....
Ehem...authornim nak minta maaf kalau chapter ni pendek+ boring+ayat ntah apa-apa+ayat keling or so on+ayat yang tak faham ke apa ke....mianhae sangat-sangat... (T.T) (T^T) aigooo....adakah cerita ini menjadi semakin merapu? Huhu... (T-T)
YOU ARE READING
[✔] 13th FLOOR + BTS
HorrorSegalanya bermula setelah tujuh orang lelaki tinggal bersama dalam satu rumah, iaitu di tingkat 13...