Petang itu...
Di hadapan Syarikat M.
Jin menunggu di dalam kereta bersama Jungkook, Namjoon dan Taehyung. Suasana dalam kereta senyap sahaja. Yela...masing-masing dah kena 'ganggu'...
Jin masih terbayang kejadian kat hospital tadi. Siapa yeoja tu? Kenapa dia muncul dalam keadaan begitu? Ni mesti ada apa-apa...
TUK! TUK! TUK!
Tingkap kereta diketuk. Kelihatan Jimin sedang tersenyum memandangnya. Jin membalas senyuman Jimin sebelum membuka pintu kereta.
"Annyeong hyung. Mian sebab lama tunggu. Aku jumpa bos kejap. Hantar dokumen." Kata Jimin lalu duduk di tempat duduk penumpang,bersebelahan Jin.(betul ke tidak ayat ni? Haha..)
"Gwenchana...em..sekarang ni kita pergi beli makanan ya? Hyung malas nak masak. Nak makan apa?" Soal Jin lalu menoleh belakang. Jungkook, Namjoon dan Taehyung masih dalam 'dunia sendiri'.
"Kookie! Namjoon! Tae Tae!" Jin menepuk tangannya.
PAP!
Jungkook, Namjoon dan Taehyung terkejut.
"Nae hyung?" Serentak mereka menyoal.
"Hyung tanya..kita pergi beli makan kat luar aje la ya? Hyung malas nak masak." Kata Jin.
"Korang ni okay ke tak? Kenapa semacam aje muka tu?" Soal Jimin pula.
"Em..." Jungkook memegang kepalanya.
"Haih..." Namjoon mengeluh.
"Er..." Taehyung mengusap lehernya.
"Korang ada apa-apa nak share ke?" Soal Jin.
"Se..sebenarnya...aku..kena 'kacau'.." bongkar Jungkook. Namjoon dan Taehyung menoleh sebelah.
"Kau pun kena 'kacau'?!" Soal Namjoon dengan nada terkejut.
"Ha'ah. Hyung pun kena ke?"
"Huhu...aku tak nak cerita. Seram giler kot...aku tak boleh lupa..." Namjoon memeluk tubuhnya.
"Aku pun kena juga..." kata Taehyung.
"Nampaknya kita semua dah kena ganggu dengan sesuatu ni..." kata Jin.
"Hah..sekarang ni korang percaya aku kan? Masa aku kena kacau dulu..." kata Jimin pula.
"Nae nae."
"Kenapa kita kena ganggu ya?" Taehyung mengusap dagunya lagak seorang detektif.
Mereka semua terdiam.
***
Setibanya di apartment mereka, Jin membuka pintu dengan kunci di tangannya.
KRIUK~~
"Siapa tu???" Soal seseorang.
Jin mengerutkan dahi. Dia memandang pula Jungkook, Jimin, Namjoon dan Taehyung. Mereka semua hanya mengangkat bahu.
"Siapa apa pula ni? Ni kitorang la! Kitorang dah balik dari kerja!" Jin masuk ke dalam rumah diikuti yang lain.
Suga dan Jhope keluar dari bilij perlahan-lahan.
"Fuh...ingatkan hantu lagi." Jhope memegang dadanya.
"Hantu?"
"Omona...korang pun kena kacau juga ke?" Soal Namjoon sambil memandang Suga dan Jhope.
"Suga hyung yang kena kacau. Aku belum lagi..." serentak itu kepala Jhope diketuk.
"Aww!"
"Padan muka! Apa maksud kau 'aku belum lagi' tu? Kau mengharap nak kena kacau juga ke?!" Suga menghadiahkan jelingan kepada Jhope. Jhope memuncungkan mulutnya.
YOU ARE READING
[✔] 13th FLOOR + BTS
HororSegalanya bermula setelah tujuh orang lelaki tinggal bersama dalam satu rumah, iaitu di tingkat 13...