Chapter 10

6.8K 839 57
                                    

Suga mengeluh. Rancangan di TV  tidak menarik minatnya langsung.

Suga menoleh,memandang bilik air. 'Amende la yang si budak pendek tu buat dalam bilik air tu? Lama bebenor la! (-,-).'

Lalu dia merebahkan badannya ke atas katil. Cuba melelapkan matanya. 'Mengantuk la pula....' Akhirnya Suga tertidur.

*****

Pagi itu...

"Huargh~~~" Suga bangun dan menggeliatkan tubuhnya sambil menguap luas. Matanya terkebil-kebil. (Imagine aje la orang baru bangun tidur macam mana...haha XD)

Suga menoleh sebelah. 'Eh? Budak pendek tu takde? Dia tak tidur atas katil?' Suga menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Jimin!" Suga bangun dari katil. Memandang sekeliling bilik. Masih tak nampak Jimin.

"Jimin!! Yah! Jimin!!!" Kali ini Suga memanggil menggunakan high note (eo? 0-0 Suga...high note? Ohoho)

Kali ini Suga pergi ke bilik air. Tombol pintu dipulas. Ditolaknya pintu bilik air itu, namun pintu tidak terbuka. Berkerut dahi Suga. Haish...dah kenapa pula ni?

Suga cuba menolak lagi pintu tersebut dengan sepenuh tenaga. Akhirnya pintu terbuka sedikit.

Suga masuk ke dalam bilik air melalui celah pintu(?) yang muat-muat badannya untuk masuk.(Boleh faham ke tak ayat ni? Author sendiri pun pening...haha)

"Jimin...yah kau...eh?? Jimin!!" Suga terus menghampiri tubuh Jimin yang terlentang di atas lantai itu.

Pipi Jimin ditepuk perlahan. Jimin masih tidak bergerak.

"Jimin!! Ireona!" Muka Jimin yang berpeluh itu ditepuk lagi. Kali ini Jimin bergerak sedikit. Matanya terbuka perlahan-lahan.
"Jimin?"

"Hyung!!! Tolong aku!! Han...han...hantu!! Uwaa!! Takut!!" Terus tubuh Suga dipeluk dengan kuat. Suga tersentak.

Hantu????

"Eh eh eh! Lepas! Lepas! Jangan la peluk aku kuat sangat! Eii!!" Suga sedaya upaya cuba melepaskan pelukan Jimin.

Jimin melepaskan pelukannya, namun wajahnya masih ketakutan.

"Hantu apa kau cakap tadi?" Soal Suga.

"Se..se...semalam...." Jimin menceritakan kejadian semalam kepada Suga.

"Aku menjerit minta tolong dari hyung. Kuat giler kot. Hyung tak dengar ke?"

Suga pelik.

"Eh? Jinja?? Kau ada jerit ke? Serius aku langsung tak dengar apa-apa..."

"Huhu...kita dah pindah sini pun masih kena kacau juga ke..." Jimin memeluk lututnya.

Suga memandang Jimin. 'Alahai...kesian pula aku tengok dia ni...rasanya...Jimin yang paling kerap kena kacau...hem..."

"Jom...kita jumpa dengan yang lain..." Suga membantu Jimin untuk bangun. Jimin memandang Suga dengan pandangan yang (em...macam mana nak cakap ea? Pandangan yang pelik la...sebab tetibe aje si Suga tu layan dia elok-elok...)

*****

"Mwo???" Jungkook terkejut.

"Jinjayo? Jimin kena kacau lagi?" Soal Jin. Jimin mengangguk.

Taehyung hanya mendiamkan diri. Jjajangmyun di hadapannya tidak terusik langsung. Mereka sekarang berada di restoran.

"Aku rasa kan...kita kena soal pemilik apartment tu..." kata Taehyung akhirnya. Jin, Suga, Namjoon, Jimin dan Jungkook memandang ke arahnya, serentak.

"Puan Song?" Soal Jin.

"Yup. Kita dah cuba tanya penghuni-penghuni kat sana tapi apa yang kita dapat? Nothing. Kena kacau lagi ada la...so...aku rasa kita mesti dapatkan jawapan dari mulut Puan Song sendiri." Kata Taehyung lagi.

"Hem...betul juga tu. Mesti ada sebab kenapa dia sewakan kita tingkat 13 tu. Dan kenapa tingkat tu cuma ada satu bilik/unit aje? Dan kenapa kita kena share 7 orang?" Jungkook terangguk-angguk sambil mengurut dagunya.

"Kalau macam tu...esok kita pergi jumpa dengan dia. Biar hyung call dia..." Jin terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor.

Seketika kemudian, Jin mula berbual. Yang lain hanya memandang sambil menikmati hidangan masing-masing.

Jin menyimpan kembali telefon bimbitnya.

"Macam mana hyung?" Soal Namjoon.

"Dia cakap okay. Dia jumpa kita kat apartment. Kat rumah kita." Balas Jin.

"Huh? Kenapa dia nak jumpa kita kat sana? Tak ada tempat lain ke?" Namjoon memeluk tubuh. Apartment? Itu bermakna mereka harus kembali ke sana? Huh!

"Ada la sebabnya tu. Ikut aje la. Kita nak dapatkan jawapan kan?" Jin membalas sebelum menyuap jjampong ke dalam mulut.

Baru sahaja Namjoon ingin membuka mulut untuk membalas, telefon bimbitnya pula yang berbunyi.

"Yeoboseyo? Nae...em...mwo??? Jinja?! Nae nae! Kami ke sana sekarang!!" TUT! Namjoon terus menutup talian.

"Waeyo hyung?" Soal Jungkook.

"Hospital. Sekarang! Palli!" Namjoon sudah bangun meninggalkan meja. Yang lain ikut bangun walaupun tak tahu apa-apa. Jin membayar harga makanan dengan tergesa-gesa.

Omo....kenapa dengan hospital??

-Skip-

Hospital Seoul.

Mereka berenam segera masuk ke dalam wad.

Kelihatan Dr.Baek sedang memeriksa pesakit tersebut. Setelah selesai...

Jin dan yang lain menghampiri katil.

"Eh? Kamu semua dah sampai? Syukurlah...dia dah sedar...dan tak ada apa-apa komplikasi..." Kata Dr.Baek sambil tersenyum.

"JHope hyung~~" Jungkook terus meluru dan memeluk JHope. Air matanya gugur. Sungguh dia amat merindui hyungnya itu.

JHope tersenyum sambil membalas pelukan Jungkook. Pandangannya dialihkan kepada mereka berlima pula.

"Annyeong korang..." katanya sambil tersenyum. Jin mengetap bibirnya. Air matanya juga gugur. Bahu JHope diusap perlahan.

"Kau dah sedar Hobi...kitorang semua rindukan kau..." Jin mengelap air matanya. (Huhu... T^T T^T...Adududu...kenapa authornim pula yang jadi emotional ni..uwaa... T-T T-T )

"Hoseok dah boleh keluar hospital ke Dr.Baek?" Soal Namjoon dengan wajah mengharap.

"Belum. Esok kalau keadaan dia dah okay sepenuhnya, boleh la dia balik."

"Nae..."

Dr.Baek meninggalkan mereka bertujuh. Tidak mahu mengganggu saat-saat gembira mereka.

"Esok...kalau hyung dah okay..hyung dah boleh keluar hospital..." kata Taehyung dengan gembira. JHope hanya tersenyum.

"Hem...btw...sepanjang aku kat hospital ni...korang semua okay-okay aje kan?" Soal JHope. Mereka berenam terdiam.

"Em...." Jin menjadi serba salah pula hendak memberitahu. Yela...JHope baru aje sedar dari koma...takkan nak bagitau dia tentang 'pengalaman' diorang berenam kena kacau tu?

JHope terkebil-kebil memandang mereka berenam dengan wajah ingin tahu.


Tbc

Sori kalau typo....

[✔] 13th FLOOR + BTSWhere stories live. Discover now