"Taehyung?" Soal Jin.
"Kenapa semua pandang aku macam tu? Yela. Ni aku la. Kim Taehyung. Wae?" Soal Taehyung sambil membawa begnya.
"Kau tak nampak apa-apa kat luar tadi?" Soal Jimin pula. Taehyung memandang Jimin.
"Nampak apa? Tak ada apa-apa pun kat luar? Btw,kau ni siapa?" Taehyung mendekatkan mukanya ke muka Jimin.
"Jimin." Jawab Jimin sambil mengundur sedikit.
"Jimin. Comel. Okay,aku nak pergi mandi dan tidur. Jalja." Taehyung terus menuju ke biliknya.
"Aku pun nak sambung tidur la. Penat tau tak. Dah la lusa ada flight lagi." Bebel Suga sebelum masuk ke dalam biliknya pula.
"Hem...kau pun tidur la JHope. Tutup tv tu. Biar hyung tunggu Namjoon dengan Jungkook." Kata Jin. JHope mengangguk.
"Jimin. Kau boleh guna bilik kat hujung tu. Bilik tu kosong." Kata Jin sambil tersenyum. Jimin membalas senyuman Jin.
"Nae. Gomawo hyung."
**********
Pagi tu...
Jimin membuka matanya perlahan-lahan. Jam loceng di sebelah dicapai. 'Em? Baru pukul 2.30 pagi? Hauslah pula. Pergi dapur la.' Jimin keluar dari biliknya. Uish...gelapnya. Dengan mata yang masih kuyup,keadaan mamai,Jimin menuju ke dapur.
SRSHH~SREEHHH~MMM~MM
Jimin terhenti seketika. Bunyi apa tu?
Ada sesuatu di hadapannya. Sedang mencangkung di hadapan peti sejuk. Jimin menelan air liur. Walaupun keadaan dalam dapur tu gelap, tapi Jimin masih boleh nampak 'benda' tu seperti sedang makan sesuatu. Jimin mencerlungkan matanya. Erk? Da...daging mentah?!
Tiba-tiba 'benda' tu menoleh. Jimin terkejut.
"To..to..tolong..." Jimin cuba menjerit,tapi suaranya tak keluar. Jimin mengundur perlahan-lahan. 'Benda' tu masih di situ,memandangnya tajam. Tiba-tiba 'benda' tu merangkak ke arah Jimin. Kaki Jimin tiba-tiba terasa lemah.
"Wargh!!!" Jimin cuba lari tapi malangnya dia terlanggar seseorang.
GEDEBUK!!
Mereka berdua jatuh.
"Yah! Yah! Apa ni? Nuguya??!" Namja tersebut marah. Jimin terus memeluk lengan namja tu. Lantak la namja tu nak fikir apa! Dia takut sekarang ni!
"Hoi! Ape ni bising-bising? Kacau ah orang nak tidur..." lampu dapur dibuka tiba-tiba. Kelihatan seorang namja sedang memandang mereka dalam keadaan mamai.
Jimin terdiam. Tangannya masih memeluk lengan namja berambut kekuningan itu.
"Entah. Aku datang dapur nak minum air. Tiba-tiba aje dia ni datang jerit-jerit lepas tu peluk aku. Kookie. Kau tangkap dia. Entah-entah pencuri ni..." kata namja tu sambil cuba melepaskan pegangan Jimin.
Namja yang dipanggil Kookie itu terus menerpa Jimin dan 'mengunci' pergerakan Jimin.
"Aww! Aww! Apeo~aku bukan orang jahat la...." Jimin cuba meronta.
"Adoi korang ni...memekak la pagi-pagi ni...haish...apa pula ni?" Jin menyertai mereka. JHope,Suga dan Taehyung turut keluar dari bilik mereka setelah terdengar bunyi bising.
"Ni hah! Ada pencuri masuk dalam rumah kita hyung! Jangan risau...aku dah tangkap dah. Lepas ni kita bawa dia pergi balai." Kata Jungkook.
"Jungkook,kau lepaskan dia." Kata Jin pula.
"Nae?"
"Lepaskan Jimin. Dia bukan pencuri la. Dia housemate baru kita. Kau dengan Namjoon kan balik lambat,so tak sempat nak kenal-kenal lagi." Jin melepaskan pegangan Jungkook yang kuat mencengkam tangan Jimin.
"La...housemate rupanya...Namjoon hyung la ni...kata dia pencuri." Jungkook memandang Namjoon.
"Eh eh...mana la aku tahu. Mian apa nama kau tadi? Jimin?" Namjoon memandang pula Jimin.
"Btw...apehal yang bising-bising tadi tu?" Soal Suga sambil menguap. Kacau mood orang tidur aje!
"Jimin?" Keenam-enam mereka memandang Jimin.
"A...a..ku..aku masuk dapur sebab nak minum air juga. Tapi,aku ternampak ada something tengah mencangkung depan peti sejuk. 'Benda' tu tengah meratah sesuatu." Kata Jimin lalu menelan air liur.
"Erk? Ratah apa?" Soal si JHope pula.
"Da...da..daging mentah!"
"Mwo???" Serentak mereka berenam terkejut. Biar betul? Jin, Taehyung, Suga, Namjoon, Jungkook dan JHope menjenguk semula ke dalam dapur. Tak ada apa pun?
"Mana ada apa-apa? Bersih aje dapur aku tengok? Bayangan kau aje tu Jimin." Taehyung menepuk bahu Jimin.
"Mwo? Tapi...betul la. Aku nampak sendiri. 'Benda' tu memang ada depan mata aku! Jinja!" Jawab Jimin dengan bersungguh-sungguh.
"Kau ni kan! Sebelum kau pindah masuk sini, tak ada apa-apa pun yang terjadi. Sekarang kau kata ada 'benda' mengesot la. Ratah daging mentah la. Pe bende kau ni?" Suga melenting. Kecoh ah dia ni! Jimin tersentap mendengar kata-kata Suga. Tapi...dia tak tipu. Memang dia nampak depan mata dia sendiri.
"Geumahea(stop enough)! Sudah! Suga...please...stop it. Jimin..mungkin betul kata Taehyung tu. Itu mungkin bayangan kau aje. Dah,pergi sambung tidur,ya? Yang lain pun,sambung tidur. Esok semua orang kerja kan?" Jin cuba menenangkan keadaan. Suga mendecit sebelum beredar. Yang lain pun masuk tidur balik. Taehyung sempat memegang bahu Jimin sebelum masuk ke biliknya.
"Jimin...kalau ada masalah, kau boleh bagitau hyung. Jangan takut." Jin menghadiahkan senyuman manis kepada Jimin. Jimin membalas senyuman Jin.
"Nae hyung. Gomawo."
TBC
-Sori kalau typo
YOU ARE READING
[✔] 13th FLOOR + BTS
TerrorSegalanya bermula setelah tujuh orang lelaki tinggal bersama dalam satu rumah, iaitu di tingkat 13...