Manusia & Iblis

82 1 0
                                    

Iblis;
Ia nyata kewujudannya
Dan tidak semestinya ia bertanduk dan berekor
Boleh jadi ia bertubuhkan lelaki yang kacak dan menawan paras rupanya
Kerana ia adalah bekas Malaikat; Ketua Malaikat
Sebelum ia dibuang dari syurga
Dilucutkan jawatan serta kemuliaannya
Menjadi sehina-hina makhluk
Tetapi berkelebihan yang berbagai
Dan ingat;
Ia pernah menjadi Kekasih Tuhan ketika di Syurga sana

Manusia;
Tidak disangkal sama sekali kewujudannya
Bertubuhkan jasad yang terdiri dari pelbagai anggota dan organ
Ia sebaik-baik ciptaan
Yang Datuk Nenek-nya adalah penghuni Syurga
Sebelum dihasut oleh Bekas Ketua Malaikat untuk melanggar perintah Tuhan
Dan diturunkan ke Bumi sebagai hukuman
Secara tidak langsung membiakkan zuriat mereka
Memenuhi segenap penjuru Bumi
Ia ada masa baik dan ada masa jahat
Tak menentu keadaannya
Bergantung kepada lapisan-lapisan Iman
Adakala baiknya melebihi baik Sang Malaikat
Adakala jahatnya melebihi jahat Sang Iblis

Manusia berperwatakkan Iblis;
Ia terkadang sukar dikenal pasti
Kerana berpakaian, bertutur, bergaul
Sama seperti manusia
Mempunyai anggota dan organ badan lengkap Manusia
Tetapi Qalb-nya hitam melebihi hitam malam
Rosak dicelup Noda yang pekat
Kadang-kadang wataknya baik
Tetapi sebenarnya
Hanya menunggu masa untuk menzahirkan ke-Iblis-annya

Namun
Yang namanya Manusia
Sentiasa mempunyai peluang
Untuk mencuci Qalb-nya kembali
Apabila tergelincir ke perigi Noda
Walaupun berkali-kali tergelincir
Tuhan masih merahmatinya
Dengan satu perkataan: Taubat
Istimewanya Manusia di sisi Tuhan
Berbanding Bekas Ketua Malaikat

Maaf;
Mohon jangan terguris
Tidaklah aku maksudkan di sini
Melainkan hanya Diriku sahaja

Jeritan BisuWhere stories live. Discover now