Jika kau tak mula berjalan, Ia akan kekal dongeng?

62 1 0
                                    

Ada orang menulis;
Jika kau tak mula berjalan, Ia akan kekal dongeng
Tulisan yang masyhur
Terkenal dan menular

Tapi bagi aku
Aku sudah penat berjalan
Biarlah
Aku ingin duduk
Jika mampu aku ingin terus berbaring

Diam dan kaku
Menunggu helaian-helaian seterusnya
Di dalam buku ceritera
Hikayat hidup aku

Jika ditamatkan awal helaiannya
Lebih dari yang sepatutnya
Aku ikutkan sahaja

Jika diconteng buas helaian-helaiannya
Sehingga tamat cerita
Aku ikutkan sahaja

Jika disambung coretannya
Dengan coretan-coretan duka bertopengkan suka
Aku ikutkan sahaja

Ataupun jika dibiarkan kosong
Pada helaian-helaian yang seterusnya
Aku tetap ikutkan sahaja

Biarlah apa yang pernah aku citakan
Terus menjadi dongengan
Seperti dongengnya pari-pari di alam magis
Di dalam ceritera
Hikayat hidup aku

Jeritan BisuWhere stories live. Discover now