Perit

49 1 0
                                    

Kadang-kadang
Rasa perit itu
Bagaikan menghiris setiap inci jasad ini
Dihiris dengan pisau bersalutkan air perahan limau
Hendak dijerit aku tahu orang tak peduli
Hendak ditelan perit itu aku juga tahu
Sakitnya lebih sakit dari hirisan zahir

Bagi aku
Pilihan yang paling tepat
Adalah ditelan segala perit yang pahit
Biarkan hirisan itu terus menghiris batin
Sekurang-kurangnya aku tak ganggu keharmonian orang lain

Aku tahu rasa perit itu seperti apa
Aku juga tidak mahu orang lain merasai perit itu
Meski aku perlukan dia
Tapi aku juga tidak mahu membebankan benak hatinya
Dengan perit yang aku rasa ini

Sudahlah
Pilihan aku tetap
Tidak akan berubah
Sama ada mengikut tiupan angin
Mahupun hakisan ombak laut

Jeritan BisuWhere stories live. Discover now