Kemaafan buat Diri

47 1 0
                                    

Tika manusia melihat aku tersenyum
Mereka tak tahu bahawa aku sedang mencari alasan
Mencari secebis kebaikan dari diriku
Untuk memaafkan diri sendiri

Jika aku gagal
Malamnya nanti
Selimut kan menjadi teman aku
Teman yang menyeka air jernih dari tubir mata

Dan setiap kali aku cuba
Setiap kali itulah aku gagal
Dari awal sampai detik kini
Aku masih gagal

Kata orang
Kita memerlukan sepanjang kehidupan
Untuk memaafkan diri sendiri
Jika tidak berjaya juga
Maka dibawa bersama ke liang
Dikambus bersama jasad
Yang akan mereput dan membusuk
Dan akhirnya menjadi makanan
Makanan bagi penghuni tanah

Mungkin aku
Akulah yang memerlukan sepanjang hidupku
Atau
Mungkin aku kan bawa bersama
Rasa ini ke dalam
Untuk dihapuskan
Bersama proses pereputan
Bangkai diriku di dalam tanah

Jeritan BisuWhere stories live. Discover now