Kedengaran angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Tanganku menyentuh permukaan lantai di mana aku sedang terbaring. Sejuk, dingin. Terasa seperti pasir.
Ya!! Memang pasir.
Aku sedang terbaring di atas pantai. Sungguh tak ku sangka. Aku bingkas bangun. Kebingungan. Ternyata nadi di sekitar kepalaku berdenyut-denyut. Aku mengaduh sakit, sendiri.
Kakiku melangkah tanpa tujuan. Baju yang aku pakai, aku tepukkan sedikit, membuang sisa pasir yang melekat. Mengapa aku di sini?
Bingung!!
Semakin aku fikirkan, semakin kepalaku berdenyut kuat. Aku menarik nafas panjang. Otak tidak mampu mentafsir apa yang sedang aku hadapi sekarang.
Bertenang. Aku semaksima mungkin menenangkan hati sendiri.
Aku meneruskan langkah kaki. Entah ke mana, aku pun tidak tahu. Harapanku untuk muncul petunjuk. Doaku bertubi-tubi di dalam hati. Adakah aku dihukum kerana kealpaanku sebagai hamba Allah? Terlalu lekakah diriku dahulu? Soalan yang hanya mampu dijawab dengan keluhan kecil. Kelihatan pantai itu sungguh sepi, tanpa seorang manusia pun, yang ada cuma aku. Bermimpikah aku ini? Mungkin.. Dengan tidak semena-mena, aku mencubit lenganku sendiri. Ouchh..sakit. Pastinya aku berada dalam realiti.
Cuma realitinya kelihatan asing.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki bersama seorang budak lelaki, pada fikiranku mungkin sekitar umur 6 tahun usia budak comel itu. Mungkin seorang ayah bersama anaknya. Mereka melambai tangan kepadaku. Aku menoleh ke belakang, manalah tahu ada seseorang di belakangku tetapi ternyata tiada.
Mereka melambai? Mereka mengenaliku? Mungkinkah mereka keluargaku?
Mereka berdua berlari ke arahku lantas budak lelaki tadi yang ketinggiannya pada paras pinggangku memelukku erat. Aku tergamam diperlakukan seperti itu. Lelaki tadi memujuk anaknya itu untuk melepaskan pelukan.
"Maafkan anak saya, cik." Tutur lelaki itu dengan lembut. Budak lelaki itu melepaskan pelukan sambil mengesat matanya. Dia menangis. Aku bertambah bingung.
"Takpe, budak-budak memang macam tu, adik janganlah nangis," ujarku sambil mengukir senyum. Mungkin ada sesuatu yang berlaku ke atas keluarga ini.
"Ayah..."
Budak lelaki yang comel itu berbisik sesuatu kepada ayahnya dan kemudiannya tersenyum. Lelaki itu mengalih pandangannya kini ke arahku.
Sumpah!! Aku rasa seperti dalam drama tanpa skrip!
"Cik ni siapa nama? Hendak ke mana?" tanyanya mesra.
Aku tergamam seketika.
Aku nak jawab apa???
Sekali lagi kepalaku berdenyut.
"Err..saya..."
Lelaki itu masih menunggu jawapan dariku. Adoi! Aku tak tahu nama aku sendiri!! Damn!!
"Panggil saya...err.."
Betul aku rasakan otakku memang bermasalah kali ini. Nama sendiri pun aku tak tahu dan tak ingat.
"Arianna?"
Lelaki itu tersenyum memandangku. Seseolah mengerti aku dalam kekalutan.
"Haah Arianna, panggil Anna jer.."
Sekali lagi dia menguntum senyum. Betul ke apa yang aku buat ni?
"Jom ayah, ajak Kak Anna makan sekali, Nash dah lapar," tutur si budak comel itu. Tangannya menarik-narik hujung baju t-shirt ayahnya. Lelaki yang belum ku tahu nama tadi mempelawaku untuk makan bersama seperti yang diutarakan oleh anaknya tadi. Aku memandang tepat ke arah Nash. Wajahnya yang putih merah menarik perhatianku. Mewarisi kulit ayahnya tetapi wajahnya agak berbeza berbanding ayahnya. Mungkin mirip ibunya fikirku.
Aku hanya mengangguk dan mengikut dari belakang. Tidak langsung terfikir apa akan terjadi selepas ini. Yang penting sekarang, aku tidak bersendirian lagi di pantai ini.
So, macam pelik tak cerita ini..
Nak tahu ape jadi lepas tu? Stay tuned..
YOU ARE READING
ISTIMEWA ✔
RomanceAku sendiri masih antara percaya atau tidak dengan apa yang berlaku. Aku yakin dengan perancangan dan ketetapan yang telah Allah aturkan untukku. Sesungguhnya hanya aku seorang yang terpilih daripada jutaan manusia...