"Sayang, betul tak nak keluar malam ni? Abang boleh bawakan sayang jalan-jalan. Abang lama dah tak dating dengan sayang.."
Aku pandang ke dalam anak mata Shah.
Dia merenung aku kembali.
Aku menggelengkan kepala. Kemudian tersenyum.
"Takpe abang, kat sini pun dah kira dating kan?"
Shah angguk. Dia menggenggam jemariku. Terasa getaran yang teramat di dalam hatiku. Aku bahagia memiliki cinta Shah walaupun aku tidak tahu siapa diriku yang sebenarnya.
"Abang nak tunjukkan barang kesayangan sayang tapi bukan di sini," tuturnya lagi.
"Kat mana tu, abang?" tanyaku. Shah sebut nama tempat pun aku pasti tak tahu tapi sibuk jugak bertanya.
"Adalah sayang. So, nak keluar tak?"
Kali ini aku tak mampu mengelak lagi. Aku mengiyakan permintaan suamiku lalu meminta izin untuk menukarkan pakaian dahulu. Aku membuka almari di dalam bilik yang menjadi bilik sementaraku ketika ini. Sekeping gambar jatuh ke lantai.
Gambar aku dan Shah. Aku amati gambar tersebut. Berlatarkan rimbunan pohon di belakang, dan kami berdua berdiri di tepi jambatan berwarna merah. Kelihatan Shah tersenyum gembira di dalam gambar itu sambil memeluk bahuku.
"Aku mesti jadi Arianna ini semula," aku bermonolog sendiri sambil menunjuk jari ke arah diriku di dalam gambar itu.
Aku menyelak helaian baju di dalam almari. Berkenan pulak hatiku dengan sehelai dress berwarna turqoise. Sehelai shawl berwarna hijau gelap juga dipadankan dengan dress itu.
Ya! Aku bertudung. Aku mahu kelihatan seperti Arianna Shah yang sebenarnya seperti di dalam gambar tadi.
Sebelum keluar, aku membuka bahagian bawah almari. Terdapat sepasang belly shoes berwarna hitam pekat di dalam kotak.
"Lengkap betul barang dalam bilik ini, rasa macam tak percaya pulak."
Aku mengambil cermin mata yang berada di atas meja solek lalu keluar dari bilik.
"Sayang.."
Shah memandangku tidak berkedip.
Aku menarik sedikit hujung shawl, membetulkan kedudukan. Fikirku mungkin senget kot.
"Kenapa abang?"
Shah yang kelihatan terkesima menghulurkan senyuman.
"Sayang cantik sangat.........."
Belum dihabiskan kata-katanya, Shah lantas memelukku.
"Terima kasih, sayang..." tuturnya syahdu.
Hatiku sungguh terusik dengan setiap perbuatan Shah.
Dia mengenggam erat tanganku lalu kami keluar dari rumah menuju ke parkir kereta. Pintu kereta dibukakan untukku. Aku sempat menjenguk ke bahagian nombor plat pendaftaran kereta..
"Tengok ape tu sayang?"
Kening Shah terangkat sedikit tetapi wajahnya manis.
"Err..nombor plat.."
"Risau hilang lagi ke, sayang?" Shah mengusik.
Aku bertambah malu. Segera memboloskan diri ke dalam perut kereta itu. Fikirku memang kereta mewah. Ada lambang bulat saling berdekatan empat biji pada stereng kereta.
Ketika dalam perjalanan itu, kami masih kekok untuk berbual. Aku kebingungan mahu bertanya apa.
"Abang, ni kereta apa? Pasti mahal abang belikan?," soalan kereta pulak yang aku soal. Buntu.
YOU ARE READING
ISTIMEWA ✔
RomanceAku sendiri masih antara percaya atau tidak dengan apa yang berlaku. Aku yakin dengan perancangan dan ketetapan yang telah Allah aturkan untukku. Sesungguhnya hanya aku seorang yang terpilih daripada jutaan manusia...