Bab 7

134 13 41
                                    

Pagi itu terasa amat sejuk. Bumi Kuching dilimpahi hujan yang lebat. Aku bangun menolak comforter yang menyelimutiku. Shah mungkin sudah bangun.

Aku melihat jam di atas meja solek. 07.02 pagi.

Mana pulak Shah ni? Mungkin di dapur. Alahai, sepatutnya aku yang bangun dahulu sebelum Shah, sediakan sarapan ke? Ini tidak pulak, takkan Shah yang sediakan sarapan untukku?

Aku menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Tangganya berbentuk bulat ke bawah. Sungguh cantik rekaan tangga rumah agam ini.

Aku ke dapur. Terkesimanya aku melihat dapur yang sungguh luas dan cantik. Terdapat sebuah bar mini di bahagian kiri dapur. Semua peralatan lengkap. Peti sejuk, microwave, coffee maker, toaster dan banyak lagi lah.

Pelik. Shah tiada pulak di sini.

Aku menghampiri peti sejuk. Ada beberapa nota di situ. Kertasnya juga kelihatan sudah dimakan usia tetapi masih terlekat indah di situ.

Nota yang pertama mungkin tulisan Shah.

Arianna, selamat pagi cinta...

Jiwang jugak Shah ni. Aku ketawa di dalam hati.

love you always, abang. -Arianna-

Begitu rupanya tanda tanganku. Aku masih meneliti nota-nota kecil itu.

Abang sayangkan sayang selamanya.

Love u till my last breathe, honey. -Arianna-

Miyamor, mivida.. -Arianna-

Tak faham pulak aku nota yang terakhir tadi. Entah bahasa apa pulak yang digunakan. Sungguh romantik Shah dan Arianna ini fikirku.

Aku masih tidak puas hati kerana tidak menjumpai kelibat Shah pada pagi ini. Takkan dia tinggalkan aku lagi?

Aku ke pintu utama, mana tahu dia letakkan nota lagi di situ?

Sangkaanku meleset. Tiada.

Aku cuba mencari di sekeliling rumah. Di sudut kanan dapur, rasanya ada tiga bilik lagi fikirku.

Bilik yang pertama pintunya berwarna biru. Di pintunya terdapat nama Nash. Pasti bilik si comel Nash. Aku menolak daun pintu ke dalam.

Katil bayi masih di situ.

Mataku tertancap pada gambar-gambar yang tersusun di permukaan dinding. Nampaknya Shah mengabadikan gambarku dari bulan pertama mengandung sehingga lahirnya Nash.

Katil bayi itu aku sentuh. Hatiku terusik ketika ini.

Mengapa aku tidak mampu ingati semula semuanya? Aku kelihatan bahagia dengan kehidupanku melalui gambar-gambar yang aku lihat di sini.

Setitis air mata jatuh ke bumi.

Bantal kecil Nash aku peluk dan cium. Walau lupa sekalipun, hatiku dapat merasai perhubungan erat antara aku dan Nash.

Aku melangkah keluar dari bilik Nash. Pintunya ku tutup semula. Bilik ketiga pintunya terbuka. Aku menolak perlahan pintu itu. Dari pintu, kelihatan Shah sedang duduk menghadap komputer di dalam bilik itu.

Shah tidak perasan akan kehadiranku.

Aku mahu mengejutkan Shah. Suprise!

Shah yang leka memerhati sesuatu di skrin komputer tiba-tiba mengesat mata. Shah menangis? Langkahku mati. Kelihatan seperti keratan akhbar ditatapnya dari skrin rata itu. Aku tidak dapat melihat secara jelas dari jarak yang jauh. Terasa kabur. Menyesal jugak aku tidak menggunakan cermin mata tadi.

ISTIMEWA ✔Where stories live. Discover now