Bab 9

141 16 60
                                    

Masa yang dilalui bersama Shah dan Nash terlalu berharga buatku sehingga aku rasakan ianya berlalu terlalu cepat. Aku semakin jatuh cinta terhadap Shah. Aku terasa amat disayangi dengan perhatian seperti ini.

"Sayang..."

Aku membuka mata perlahan. Sebuah kucupan hangat hinggap di dahiku. Terasa amat tulus dan suci.

"Erm..."

Akalku masih lambat memberi tindak balas untuk kelopak mata membuka.

"Sayang....dah subuh ni, nak solat sama dengan abang tak?"

Sekali lagi kucupan singgah. Aku menggosok mata sambil mengangguk. Aku segera membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Aku dan Shah menunaikan tanggungjawab wajib sebagai seorang muslim dan muslimah secara berjemaah. Pada saat akhir bacaan doa dari Shah, aku tak mampu menahan airmata lagi.

Ya Allah, segala yang terjadi ini adalah perancanganmu. Sesungguhnya Allah merupakan perancang yang terbaik. Aku redha, hatiku sudah mula menerima dengan tabah segalanya.

#########

"Abang..yang ni nak gantung sini ke?"

Shah menoleh ke arahku yang masih berada di atas tangga. Shah memanjat tangga itu juga lalu sengaja berdiri berdekatan denganku.

"Mana sayang?"

Mustahil lah kalau Shah tak nampak tanganku yang memegang kertas huruf HAPPY BIRTHDAY NASH ini.

"Eh, ini lah abang..." aku menarik tangannya ke arah kertas itu.

Shah tersenyum.

"Eeeiii...garangnya.."

Shah menggantungkan kertas itu dengan sebelah tangannya merangkul pinggangku. Sebuah kucupan hinggap di dahi apabila dia selesai.

Dia tersenyum lagi. Aku membalas senyuman itu. Sungguh Shah membahagiakan jiwaku.

"Abang.."

"Ya sayang? Sayang nak apa? Sayang nak abang ke?"

Aku memukul manja lengan Shah. Asyik mengusik kerjanya. Mangsanya pula adalah aku.

"Kenapa abang tak nak bagitahu bagaimana kita berjumpa?"

Shah melabuhkan punggung di sofa. Air yang aku sediakan di dalam jug tadi di tuang ke dalam dua gelas. Satu untuknya dan satu untukku.

"Sayang akan tahu jugak nanti. Nantilah abang ceritakan," katanya sambil meneguk air berais yang menyegarkan tekak itu. Aku turut sama minum di sisi Shah. Tumpuan kami kini beralih pada skrin LED yang terpasang sejak dari tadi.

Selesai mengemas rumah, Shah mengajakku untuk makan di luar. Asalnya aku menolak kerana aku mahu memasak untuknya pada hari ini tetapi Shah merayu-rayu untuk aku menuruti permintaannya. Aku akhirnya mengalah juga. Mungkin malam nanti untuk makan malam, aku akan memasak pula.

Kami ke sebuah restoran yang bertemakan taman. Shah memesan makanan untuk aku sekali. Malaslah untuk melihat menu, bukan aku tahu sangat. Lebih baik ikut makanan yang Shah pilih. Bukankah lebih senang?

Ketika makan, aku sempat mengelap tepi bibir Shah dengan tisu kerana percikan sos lada hitam stik daging yang menjadi menu utama kami. Tanganku terus dipegangnya. Terkebil-kebil mataku kerana tidak percaya Shah akan berbuat demikian dikhalayak ramai. Kemudian seutas gelang tangan berada dlm genggaman tanganku.

"Eh..abang. Gelang ni?" tanyaku ingin kepastian.

"Untuk sayang, daripada abang. Abang harap sayang akan sentiasa ingati abang nanti."

ISTIMEWA ✔Where stories live. Discover now