Bab 8

150 14 90
                                    

"Hello, Kak Anna. Rindu Nash tak? Rugi tau kakak dan ayah tak ikut Nash dengan ibu pergi ke Legoland ni, seronok sangat kat sini, kak Anna," tutur Nash petah di sebalik corong telefon. Suaranya kedengaran gembira dan teruja.

"Kak Anna pun rindukan Nash tau, hati-hati yer sayang," hampir sahaja airmataku tumpah. Emosi terganggu di kala ini.

"Tahulah I nak jaga dia, you tak payah sibuk, mana Shah?" tanya El. Rupa-rupanya telefon sudah beralih tangan. Suara El kedengaran kurang sopan pada pendengaranku.

Aku menyerahkan telefon kepada Nash. Terasa juga hatiku dengan intonasi suara El. Benci sangatkah dia padaku? Tapi mengapa?

Shah memutuskan panggilan.

Aku berlalu ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Shah berjanji mahu membawa aku membeli barang untuk majlis Harijadi Nash yang akan diadakan di kondominium milik Shah pada minggu hadapan. Ketika membetulkan Shawl yang dililit kemas di kepalaku, Shah masuk ke dalam bilik. Dia terus merangkulku dari belakang.

"Sayang marah ke ni?" tanyanya. Suaranya halus.

Aku menggelengkan kepala.

"Takdelah sayang marah. Tak ada sebab untuk sayang marah, abang," aku tersenyum sedikit di hadapan cermin setelah puas hati dengan penampilan sendiri. Senyum yang sengaja dibuat.

"Sayang, I smells something wrong with your voice tone, I knows you well, sayang. Please.."

Tewas. Shah amat pandai membaca diriku. Seseolah melihat air dalam gelas kaca yang transpirasi.

Aku memalingkan badan supaya berdiri menghadapnya. Pelukan masih tidak dilepaskan seseolah Shah tidak mahu melepaskan aku pergi sebelum aku menyatakan apa yang menyebabkan perubahan mendadak moodku.

"Sayang hairan kenapa El benci sangat sayang, abang?"

Shah tersenyum. Dia tahu aku akan luahkannya juga akhirnya.

"Dia memang macam tu, sayang. Dah perangai semulajadi dia dingin kepada orang lain," Shah memberi jawapan yang tidak memberi kepuasan hatiku. Kalaulah aku diberi peluang sebagai pemeriksa kertas soalan untuk menilai jawapan Shah sebagai jawapan peperiksaan untuk soalan BM SPM, aku bagi 0 markah.

Aku tanya kenapa dia benci aku, bukan mahu tahu perangai dia. Hati mula dirasuk amarah.

Aku hanya mampu mengeluh. Mungkin Shah tidak bersedia untuk bercerita tentang El kepadaku. Aku menarik tangannya perlahan untuk melepaskan pelukan pada pinggangku.

"Jom, abang."

Senyum ku hadiahkan sebagai tanda lakonan yang aku rasa mungkin berjaya.

Shah angguk sedikit lalu menarik tanganku dan kami berpimpin tangan keluar dari rumah agam itu. Ini hari kedua kami di sini. Shah memberitahuku kami akan kembali semula ke kondominium Shah apabila Nash balik dari Johor Bahru nanti.

Shah menghidupkan enjin Cayenne.

Sebelum meneruskan perjalanan, dia sempat mengucup tanganku dahulu.

"Abang sayangkan sayang. Sangat sayang."

Aku dapat merasainya Shah. Perbuatanmu, kelakuanmu, segalanya yang kau lakukan mewakili rasa yang kau tuturkan selalu.

"Sayang sayangkan abang jugak."

Sungguh aku juga sayangkan dirinya. Walaupun hari ini hari ketiga aku bersama dengannya mengikut ingatan singkatku.

"Abang.."

"Ada apa sayang?" tanyanya pantas apabila mendengar aku menyeru panggilan nama untuknya.

ISTIMEWA ✔Where stories live. Discover now