Shah keluar dari dalam bilik Nash menuju ke pintu utama. Aku hanya memerhatikan sahaja tindakannya. Takkanlah aku nak bersembunyi kot? Elok juga kalau aku ke dapur dahulu. Buat air untuk tetamu ke..
Dari dapur aku dapat lihat kelibat seorang perempuan berdiri sambil memandang Shah di ruang tamu. Mereka berdua nampak seperti kurang bercakap. Perempuan itu orangnya tinggi, lagak seorang model. Berwajah cantik, rambut panjang melepasi paras bahu mengalun menambah lagi kecantikan padanya.
"Anna.." kedengaran suara Shah memanggilku.
Alamak! Beranikah aku untuk berhadapan dengan perempuan cantik itu? Adakah itu ibu Nash dan aku pula perempuan simpanan Shah??
Aku mula serba salah untuk meneruskan langkah.
Aku kurang berani.
"Anna..."
"Arianna.."
Shah akhirnya tiba di dapur apabila aku tidak menjawab panggilannya.
"Awak ok ke ni?" tanyanya.
"Saya ok."
Terasa lemah lututku.
"Jom, El nak jumpa awak tu, jangan risau, saya ada."
Mata kami bertentangan. Aku terpaksa menuruti permintaan Shah itu. Kalau berdegil, bukankah menyusahkan diri sendiri dan jugak Shah? Takkanlah nak ditarik keluar macam budak-budak kecil?
Aku memberanikan diri untuk berlagak tenang di hadapan perempuan dengan nama El itu. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
"Hai El.."
Dia menyambut huluran tanganku tetapi wajahnya tetap masam mencuka. Entah apa salah Arianna ini padanya suatu ketika dulu? Shah pula duduk tidak jauh dariku.
"Abang, mana Nash?"
Soalannya mematikan senyumanku. Mengapa hatiku terusik pula ketika ini? Mungkin layanan dingin dari El menyebabkan aku terasa hati. Biarlah. Aku sendiri masih kalut siapa Arianna ini walaupun kenyataannya nama itu milik aku.
"Ada kat dalam bilik tu, dia bagitahu I, dia tak nak keluar dengan you," Ujar Shah. Berterus terang betul si Shah ni. Sah! Memang El ibu Nash. Tetapi mengapa Shah membahasakan diri dengan perkataan I dan you dengan isteri dia sendiri? Hanya El sahaja yang memanggilnya abang?
El berlalu meninggalkan aku dan Shah di ruang tamu itu lalu menuju ke bilik Nash. Pintu bilik diketuk dan panggilan nama Nash disebut sebelum pintunya dikuak.
Aku memandang Shah. Sesungguhnya terlalu banyak rahsia yang tersimpan bersama lelaki ini. Aku nekad, aku akan korek rahsia itu sehingga ke lubang cacing. Tiada satu pun yang akan terlepas dari pandanganku.
Beberapa minit keadaan sunyi tanpa suara kerana Shah sedang membaca majalah. El kemudiannya keluar bersama Nash. Walaupun wajah Nash kelihatan ketat, dia mengikuti juga langkah El untuk keluar bersama dengannya. Nash meluru ke arah Shah dan bersalaman dengan ayahnya. Kemudian dia memelukku dan bersalam denganku lantas tanganku juga diciumnya. Aku mula rasa sayangkan Nash. Seseolah ada ikatan kuat antara kami berdua.
"Kak Anna, jangan balik dulu okay, Nash keluar sekejap je dengan ibu, tunggu Nash pulang tau."
Pesanan Nash menyentuh hatiku. Aku mengangguk. Sebuah kucupan ku hadiahkan pada pipinya yang putih mulus.
"I will send him back, abang."
El bercakap dengan Shah tetapi Shah tidak melihatnya. Pandangannya hanya pada helaian majalah. Shah hanya mengangguk. Terasa ada perang dingin yang berlaku di antara pasangan ini. El juga langsung tidak mahu memandang wajahku.
YOU ARE READING
ISTIMEWA ✔
RomanceAku sendiri masih antara percaya atau tidak dengan apa yang berlaku. Aku yakin dengan perancangan dan ketetapan yang telah Allah aturkan untukku. Sesungguhnya hanya aku seorang yang terpilih daripada jutaan manusia...