BAB 1

4.3K 25 2
                                    

Pagi ni aku bangun akhir
la.. abeh kena bebel dengan
ibu. Ibu kalau membebel
macam mesin gun! Nasib
baik aku A.B.C. Allah bagi
cuti. Hahaa. Aku ni bukan
pandai sangat mencoret
diari. Hah! Biar aku cerita
sikit pasal diri aku. Bapaku
seorang nelayan yang
bernama Zulkifli. Manakala
ibu, hanyalah suri rumah
yang mengambil upah
membasuh pakaian
penduduk kampung. Nama
ibuku, Nur Aisyah. Aku
mempunyai seorang adik
lelaki yang sangat nakal
iaitu Zarif Iskandar a.k.a
nasi kandar! Hahahaha.
Adik perempuan yang
bongsu namanya Alina
Antasya. Kakakku, Alisyah
Anatasia. Dan nama aku,
Sarah Nisa.
08 Mac 2016

Lantas aku terus menutup diari kesayanganku. Dengan malas, aku mencapai tuala dan melangkah menuju ke bilik air. Aku bukanlah orang kaya yang mandi guna shower. Gayung pun dah cukup untuk basahkan badan aku.

My favourite boy, my
favourite boy! I always
now you are the best.

"Parti dah habis! Sudah-sudah la tu angah! Jangan nak menyanyi dalam bilik air. Kalau suara sedap, takpe jugak. Nanti pecah pulak gelas kat dapur ni dek dengar suara kamu." Sinis aje along berkata.

Sakitnya hati! Macam la suara aku nyaring sangat sampai gelas kat dapur tu boleh pecah.

"Ala.. along jeles suara angah sedapkan? Ops! Jangan jeles eh! Tunggu album keluar baru boleh jeles banyak-banyak ye alongku syg!" Aku ketawa berdekah-dekah.

"Tak senonoh punya adik! Sudahla! Cepat sikit, along nak bagitahu something kat angah." Lantas along berlalu pergi ke ruang tamu.

Usai mandi aku pergi ke ruang tamu.

"Ha, along nak bagitahu apa tadi?" tanyaku.

"Along nak bagitau pasal kerja ni! Along ada kawan yang kerja kat butik. Datin Aleeya kata, dia perlukan sorang pekerja lagi. Tapi, takkanlah along nak pergi. Along nak tolong ayah dengan ibu. Angah pergilah. Tak jauh, kat KL je. Angah boleh tumpang rumah kawan along, Kak Yati." ujar along.

Ibu seakan tidak merelakan.

"Macam mana along tahu?" soalku.

"Along telefon Kak Yati kat public phone. Ingat nak tanya khabar, alih-alih dia cerita pasal kerja ni." jawab along.

Aku mengganguk dan mengalih pandangan ke wajah ibu.

"Ibu, benarkan angah kerja kat KL. Angah nak sambung belajar jugak. Angah taknak alang dengan adik hilang pendidikan. Benarkan angah ya bu.." pintaku.

Ibu sebak. "Ibu bangga dengan kamu dan along."

"Sanggup ke along berpanas terik membanting tulang menolong ayah kat laut?" soal ayah prihatin.

"Untuk ibu, ayah, dan adik-adik. Along sanggup!" jawan along tegas.

Kami bermandi air mata ketika itu. Aku bangga mempunyai keluarga seperti ini.

Cinta Kontrak Where stories live. Discover now