BAB 6

2.1K 12 0
                                    

Sebulan berlalu dan sebulan jugaklah aku tidak melihat batang hidung Zul. Hari ni aku dapat gaji, lumayan jugak!  Sebulan, sampai RM3,000 aku dapat. Terkejut jugak! Tapi rezekilah katakan. RM1,000 aku bagi kat mak dan ayah. Alhamdulillah, aku dapat jumpa dengan keluarga tercinta!

"Angah duduk sini sampai bila?" tanya ibu.

"Dua minggu." jawabku pendek.

Ibu merenungku lama. Makin lama, aku dapat tengok air mula bertakung di mata ibu.

"Dah besar anak ibu." ujar ibu. Ibu menahan air matanya!

"Baru sebulan, bu. Belum sepuluh tahun! Apalah ibu ni." Aku cuba bergurau menghilangkan resah ibu.

"Cukup ke makan kat KL tu? Badan kamu makin kurus."

Aku hanya mengganguk. Aku tidak mampu berkata-kata apabila air mata tidak mahu berhenti mengalir.

Along hanya memerhati dari jauh. Air matanya dikesat. Segera dia turun menuju ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari.

"Alis!" panggil Hayati.

Alisyah yabg leka mencedok lauk segera menoleh.

"Kenapa Yati oi? Kau rindu aku ke?" Alisyah cuba berjenaka.

"Aku ada benda nak bagitau kau." ujar Hayati.

"Yeke? Lepas kita makan tengahari, kau balik jumpa mak ayah kau dulu. Petang, kita lepak tepi pantai!" Alisyah menghadiahkan senyuman.

Hayati membalas dengan anggukan. Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk memberitahu Alisyah pasal ni.

******

Angin lembut yang meniup-niup tudung lubuh Alisyah membuatkan Alisyah rimas. Kedua-dua mereka duduk di atas pokok kelapa yang telah tumbang. Alisyah berasa pelik dengan sikap Hayati.

"Kenapa, Yat?" soal Alisyah.

Hayati melepaskan keluhan berat. Susahnya nak berterus-terang. "Alisyah Anatasia binti Zulkifli."

"Ya, Hayati. Ada apa?"

"Alis, aku ada benda nak cakap ni." Hayati memulakan perbualan. 

"Ya, aku dengar." jawab Alisyah.

"Aku, Nur Hayati Ibrahim dah bertunang dengan Muhd Khairil, lelaki yang kau pernah cintai." Senafas Hayati mengeluarkan ayat itu.

Alisyah terus memandang Hayati.

"Kau...apa?" soal Alisyah inginkan kepastian. Turun naik nafasnya.

"Aku dah bertunang dengan Khairil. Aku mintak maaf. Aku taknak sahabat baik aku tak hadir waktu bahagia aku." Meleleh-leleh air mata Hayati.

"Mintak maaf?" soal Alisyah sinis.

"Aku tak sangka kau buat aku macam ni. Aku sangka kau kawan baik aku." Lantas Alisyah bangun dari tempat duduknya.

"Alis, aku mintak maaf! Aku mintak maaf sebab jatuh cinta dengan dia, sebab hati aku terpaut kat dia, sebab rampas.." Tidak sanggup Hayati menyambung bicara.

"Mintak maaf? Mintak maaf kau boleh cakap? Rampas? Kau bukan rampas. Kau meragut! Meragut jiwa aku." Kembang kempis hidung Alisyah.

"Meragut jiwa aku kalau kau tak jadikan aku pengapit kau waktu hari bahagia kau." sambung Alisyah.

Hayati terpinga-pinga.

"Ma...mak....maksud kau?" soal Hayati.

"Ngek la kau ni. Tunang tak bagitau. Kau dah ada pengapit? Boleh aku jadi pengapit kau?" soal Alisyah ceria.

"Aku takut kau.."

"Yang lepas tu lepas laa. Aku ada cerita ni." Segera Alisyah mengambik tempat disebelah Hayati.

"Sebulan dah hati aku terpaut kat Kimi. Hehehe, tengok aku sekarang. Kau jangan jeles pulak. Kimi tu lagi hensem dari Khairil!" celoteh Alisyah.

"Bila pulak kau bertunang? Nisa ada bagitau aku."

"Sebenarnya bukan bertunang, tapi kahwin!" jelas Alisyah.

Hayati terkejut besar.

******

"Along nak kahwin?!!" Aku menjerit kuat.

Malam itu, rombongan meminang Abg Kimi tiba di rumah. Nama aje meminang, tapi hmm. Baiknya bakal mentua along! Orang beragamalah katakan.

"Angah, meh sini jap." panggil Along.

Alina dan alang lesap entah kemana. Lepas rombongan Abg Kimi pulang, berok dua ekor tu lesap entah kemana.

"Kenapa?" soal aku.

"Tengok!" Along menghulurkan kotak berbalut kemas.

Cantik! Lantas aku membuka kotak tersebut. Uishh, mau terjojol mata aku tengok isi kotak ini. Aku memerhatikan along. Tak percaya kut!

"Apesal tengok along macam nak telan?" tanya along.

"Orang punya ke?" soalku tidak percaya.

"Mestilah orang, takkan beruk kot." Segera along mengambil kembali kotak itu.

"Mahal sangat la long. Orang tak boleh terima." ujarku perlahan.

"Eh, eh! Sedap dia je. Bukan kat awak la.. along punya!" ujar along seperti budak kecik.

Aku mencebik. Ingat aku punya. Beria-ria nak tunjuk kat aku. Saja nak eksen la tu!

Along mula onkan handphonenya. Tiba-tiba, along ketawa terbahak-bahak. Begitu juga aku. Mana taknya? Abg Haziq buat lawak pulak. Ada ke patut letak gambar orang utan tersengih-sengih takde gigi sebagai wallpaper? Hahahahahaha.

"Along perasan tak?" Aku memecah ketawa Along.

"Apa?" soal along ingin tahu.

"Sekali pandang macam org utan. Dua kali pandang, sebijik muka macam Abang Haziq!" Aku kembali ketawa dan berlari ke ruang tamu.

"Sarah Nisa!"

Wah, wahh. Aku segera berlari ke arah ibu. Buat-buat manja.

"Kepit! Kepit!" marah along.

"Jeles ke long? Kepit la dengan handphone baru tu."

Ibu hanya tersengih.

"Huru-hara rumah ni kalau minah becok ni balik rumah." kata ibu.

"Wah! Handphone baru nampak." tegur alang.

"Abang Haziq ni haa." Tak perlu dijelaskan. Mereka semua mengerti.

Cinta Kontrak Where stories live. Discover now