BAB 4

2.4K 15 3
                                    

Ahh, pagi ni hujan la pulak. Bestnya kalau dapat tidur lebih masa.

"Nisa! Liat sungguh minah ni nak bangun pagi."

"Kak Yati ni! Pukul 7 nanti orang mandi la. Kan Datin cakap bukak pukul 9. Semalam sembang dengan along lama sangat sampai panas telinga ni." rengekku. Aku memeluk bantal peluk erat. Membayangkan bantal itu ibu.

"Berangan peluk ibu la tu! Anak manja! Akak lupa Datin tukar waktu. Mesti sebab anak dia tu kan. Handsome giler anak dia, cair hati akak."  celoteh Kak Yati.

"Aik, Abang Haziq ingat. Jap gi tak kahwin baru tau." gurauku.

"Eleh. Sembang apa dengan along malam tadi?" soal Kak Yati teruja.

"Pasal ayah, ibu, nasi kandar, Alina, Abang Kimi..." Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku kerana menguap.

"Nasi kandar?" soal Kak Yati.

"Iskandar laa." terangku sambil ketawa.

"Oh, ada jugak masuk Abang Kimi?" Membuak-buak perasaan ingin tahu Kak Yati.

"Abang Kimi hantar rombongan meminang Along. Along dah lama maafkan Abang Kimi. Mulanya, Along taknak terima sebab nak tolong ayah dan ibu tapi Abang Kimi janji akan bantu semua. Syaratnya, along sambung belajar." terangku panjang lebar.

"Abang Kimi dah balik dari Belanda?" soal Kak Yati.

Aku hanya mengganguk.

Sembang punya sembang dah pukul 8, baik aku mandi. Aku sempat berfikir, macam mana nak kenakan cicak kubin tu!

******

"Mami! Jomla pergi butik, Zul dah ready ni!" Bersemangat sungguh Zul.

"Awal pulak hari ni. Selalunya liat nak bangun." perli Datin Aleeya.

Zul hanya tersengih macam kerang busuk. Beg yang di bawanya menyimpan sejuta rahsia. Benda yang nak digunakan untuk kenakan Nisa.

"Pukul lapan nanti keluar. Mami nak kemas dapur jap."

Zul terus menanti maminya selesai mengemas. Yang pasti lipas dan kodok di dalam botol masih hidup. Aku nak tengok macam mana reaksi kau, Sarah Nisa! Zul tersengih.

"Zul, what's wrong?" Senyum sorang sorang. In love?" soal Dato Eddy yang baru turun.

"Nothing la papa. Just thinking of something that will happen later." jawabnya penuh rahsia.

******

Datin Aleeya dan Zul masuk ke dalam butik. Zul meluru masuk ke bahagian baju-baju yang sepatutnya Nisa ada. Takda, ish! Kotak yang berisi kodok dan lipas dikeluarkan. Datin Aleeya telah lama menghilangkan ke dalam ofisnya. Kedatangan Nisa membuatkan Zul tersenyum lebar. Kotak yang berhias indah dibetul-betulkan supaya kelihatan cantik.

Nisa segera meletakkan beg tangannya di tempat rehat dan mengambil posisi yang sepatutnya dia berada.

"Oi, cicak kubin! Kau buat apa kat sini? Menyibuk je. Pergi sane!" Kasar sekali aku menghalaunya.

"I just wanna say that I'm sorry." Dia menghulurkan kotak berhias indah itu kepadaku.

Aiseyman! Pandai jugak mamat ni balut hadiah. Lawa! Ada reben lagi tu. Terima ke tak? Terima? Tak? Eh, rezeki depan mata.

"Thanks." ucapku pendek.

Zul tersenyum. Kenapa aku happy bila perempuan ni terima hadiah aku? Ahh, kacau!

"Bukak la." suruh Zul.

Aku hanya menurut. Kotak dibuka.

"Mak oi!" Aku segera membaling kotak yang berisi kodok dan lipas tersebut jauh dariku.

Zul ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air matanya.

Jantung aku berdegup kencang. Takut, geli dengan kodok dan lipas tu. Juga marah dengan Zul. Tidak semena mena air mataku jatuh. Zul yang menyedari ku menangis, mula berasa bersalah.

"Nisa, sorry. I just wanna have fun with you."

Aku berlari masuk ke dalam bilik air.

"Ah, cicak kubin! Aku takkan lepaskan kau!"

Alamak sampai menangis minah tu aku kerjakan. Parah ni! Tapi dibandingkan dengan malu aku kat KL sentral, mana lebih teruk? Perempuan buat aku kacau la! 

Lantas Zul meninggalkan butik dan pulang ke rumah.

Aih? Mana cicak kubin tadi? Tunggu kau! bisik hatiku.

********

"Sayang, malam ni u teman I makan, boleh?" ucap Mina.

Zul hanya mendengar rengekan kekasihnya itu. Air mata Nisa terbayang di fikirannya.

"You, malam ni I tak boleh teman u. I will call you later. Assalamualaikum." Salam? Ehh, Sarah Nisa! Apa kau dah buat kat aku ni!

Mina terkejut. Salam? Huh. Kenapa dengan mamat ni.

*******

"Nisa!" sapa Kak Yati.

Aku segera menoleh ke arahnya. Dia memasuki bilik.

"Huishh, kenapa?" soalku.

"Zul...." Kak Yati menoleh ke arah tingkap.

Aku pelik. Zul? Segera aku bangun dari katil dan mendekati tingkap. Cicak kubin ni gila ke datang malam-malam kat sini? Mana la dia tau tempat tinggal aku. Hadoi!

"Keluar la. Dia tunggu tu. Akak nak sambung cerita Gumiho ni." Kak Yati terus berlalu pergi ke ruang tamu.

Aku segera menyarung tudung di kepala. Nak kena cicak kubin ni!

Pintu pagar ku tolak sedikit. Dengan wajah mencuka aku memandangnya.

"Nak apa?" soalku acuh tak acuh. Perfume dia, harumnya!

"I just wanna say sorry pasal pagi tadi." keluhnya kesal.

Aku mendongak sedikit ke wajahnya. Haa, mata dia! Cantiknyaaa!

"Boleh pinjam mata awak tak?" soalku tiba-tiba tanpa disedari.

Ops! Segera aku menekup mulut. Isy! Mulut ni bagi malu aku je.

"If you maafkan I, I sanggup bagi mata I kat you." ujarnya.

"Baliklah. Saya kena bangun awal esok." Segera aku menutup pagar.

"Eh, nanti. You maafkan I?" soalnya.

"Balik, go home!" Aku terus menghalaunya.

"I won't go home sebelum you maafkan I." Terus dia melutut depanku.

Aku terpanar. Terus aku berlari masuk rumah. Aku mengintai dibalik tingkap. Langsir ditutup.

Lantas Kak Yati ketawa.

"Apehal, kak?" soalku.

"Kemaruk cinta, erk?" soal Kak Yati.

Aku hanya menjeling dan terus menaiki anak tangga menuju ke bilik. Haish! Kenapa la pulak dengan cicak kubin tu? Wayar dalam otak terputus kut.

Cinta Kontrak Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang