"Sumayyah! Tolong aku!" Separuh merayu aku kepada Sumayyah.
"Aku pun terkejut jugak dengan cerita kau ni. Nasib baik aku cuti sem. Kalau tak, sapa nak tolong kau ni." ujar Sumayyah.
"Tolonglah aku. Aku taktau kenapa aku tak boleh tolak perkahwinan ni. Tengok ibu dan ayah macam seronok. Datin Aleeya pun sama." kataku.
"Macam ni. Kejap lagi mak andam datang, kan? Selepas makeup, kau mintak privasi kejap. Tiqah dan Suha akan tolong kau. Aku tunggu kat dalam kereta. Jap gi Tiqah dan Suha bawak baju lain. Kau tenang dulu." arahnya.
Segera Sumayyah keluar dari bilikku. Eh, salah! Bilik Zul. Soalan yang sama bermain-main di fikiranku. Kenapa dia mintak aku kahwin dengan dia?
Tiba-tiba pintu diketuk.
"Tiqah? Suha?" soalku.
"Bukak!" Suara Zul kedengaran.
Lantas aku membuka pintu bilik.
"Main kunci-kunci pulak. Bilik aku tau tak!" marah Zul.
"Sain ni!" ujarnya.
Aku terpinga-pinga. Surat diberinya, ku baca teliti.
KONTRAK PERKAHWINAN.
Membuntang mataku melihat tajuk utama kertas itu. Aku memandang semula wajah Zul. Apa semua ni?!
"Cepatlah sain!" desak Zul.
"Sain sendirilah! Sapa yang nak kahwin kontrak?" ucapku selamba.
"Sain la!" paksanya.
Takda ruginya kalau sain pun. Bukan aku nak kahwin dengan dia. Pengantin nak lari! HAHAHA!
Sebelum aku sain surat itu, aku membaca perjanjian yang aku rasakan tak masuk akal!
1. Harus menghormati hak masing-
masing.
2. Zul tiur di katil manakala Nisa
tidur di sofa.
3. Nisa dilarang menyentuh barang
- barang Zul.Hampir ketawa aku melihat perjanjian macam budak - budak nih. Setelah siap menandatangani surat itu, Zul terus keluar. Peliknya mamat ni. Tak sangka, nampak maco!
Pintu diketuk. Haishhhh! Nak apa lagi ni? Aku menjengah sedikit, Datin Aleeya.
"Nisa, kejap lagi Nisa nak kahwin. Mami banyak berdoa selama ni untuk mengubah pendirian Zul pada jodoh. Mami perlu cerita benda ni pada Nisa. At first, mami memang tak sangka Zul jatuh cinta kali kedua. Dulu, Nashara segala-galanya pada dia. Lepas Nashara meninggal, Zul nekad supaya tak jatuh cinta lagi."
"Jangan tinggalkan Zul dalan apa jua keadaan." mohon Datin Aleeya.
Setelah Datin Aleeya berlalu pergi, mak andam datang untuk menyolek wajahku. Dua jam aku berfikir dan aku sudah mempunyai keputusan.
Tiqah dan Suha memasuki bilik sebaik sahaja mak andam keluar.
"Nah! Pakai baju ni! Nanti takdela orang perasan." ujar Suha.
"Aku akan bernikah." jawabku tekad.
******
Petang itu, ijab dilafazkan oleh tuk kadi.
"Aku nikahkan dikau, Muhammad Zul Haiqal bin Muhammad Eddy dengan Sarah Nisa binti Zulkifli dengan mas kahwinnya sebanyak seratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Sarah Nisa binti Zulkifli dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai."
Goncangan tangan tuk kadi mengesahkan aku milik Zul.
Pernikahan tanpa cinta. Juga ditemani perjanjian childish!
Pernikahan aku dan Zul meriah sekali. Tak sangka, seorang putera boleh menikah dengan tukang sapu sampah.
"Wife Zul?" soal seorang wanita.
"Yes?" jawabku.
"Ex-girl Zul, Mina."
Huluran gadis itu disambutku mesra.
"Zul tu memang kaki perempuan,kan?" soalku. Mengutuk suami sendiri!
Mina terkejut.
"Hah?"
"You tak tau ke? Makwe dia keliling pinggang. Raiza la, Eiyka la, semua ada." celotehku lagi.
Tujuan utama dia nak serang aku Tapi setelah apa yang aku cakap, dia terus pulang. Tau kau! Padan muka!
"Bini kau lawa." puji Alif.
"Lawa?" soal Zul.
"Walaupun budak, dia memang comel habis!" tambah Alif.
Zul terus memerhatikan perlakuan aku. Aku memuncungkan bibir. Bosan! Terus aku duduk di kerusi kosong dan mengambil makanan yang ada. Makan! Jangan tak makan!
"Pelahap..." ujar Zul perlahan.
"Sedap aje cakap macam tu. Kau taknak? Bagi aku je bini kau, kalau kau taknak!" Helmi mencuba nasib.
Pantas Zul mencerlungkan pandangannya kepada Helmi.
"Okey! Okey!" Helmi mengaku kalah.
Cantik? Soal Zul didalam hati.
YOU ARE READING
Cinta Kontrak
RomanceSarah Nisa, seorang gadis yang datang dari kampung untuk mengumpul duit demi keluarganya. Dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati. Sarah bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. Muhd Zul Haiqal, seorang pemuda kacukan Pe...